Rekontruksi Dalaman Varian Miriek (Internal Reconstruction of Miriek Variant)

Rahim Aman, Shahidi A.H., Siti Hajar Mohammed

Abstract


Bahasa Miriek di Sarawak merupakan bahasa etnik asal suku kaum paling awal berhijrah ke Miri yang kini semakin kurang dituturkan dalam kehidupan seharian. Peralihan bahasa Miriek dapat dilihat melalui dapatan kajian lepas yang menunjukkan terdapat perubahan yang jelas dari aspek penggunaan bahasa apabila masyarakat Miri berhijrah sehingga membawa kepada peralihan bahasa. Oleh itu, bagi mengelakkan keunikan bahasa etnik Sarawak itu pupus, satu kajian terperinci telah dilakukan dengan menggunakan kerangka ilmu linguistik sejarawi melalui kaedah perbandingan bagi meneliti dan mengenalpasti bentuk fonem purba bahasa Miriek. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang bahasa Miriek yang tersebar di sekitar negeri bumi kenyalang itu. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan bentuk tuturan masyarakat purba di Miri. Kawasan kajian adalah di 5 kawasan sekitar Miri yang melibatkan informan yang mewakili 5 varian Miriek (VM). Data diperoleh melalui kerja lapangan secara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual yang dilakukan adalah berpandukan kepada satu senarai daftar kata yang diajukan kepada informan yang terdiri daripada hampir 400 perkataan yang dibina berdasarkan kepada lapan bidang semantik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa bahasa Miriek Purba (BMkP) ini diturunkan secara langsung dalam kelima-lima varian Miriek yang dikaji berdasarkan kepada kesepadanan bunyi yang teratur. Hasil dapatan ini, justeru, sangat berguna sebagai input dalam kajian seterusnya iaitu mengklasifikasi BMkP bagi menentukan hubungan jauh-dekat antara bahasa-bahasa serumpun.

 

Kata Kunci: fonologi; kesepadanan bunyi; linguistik sejarawi; rekonstruksi; varian Miriek

 

ABSTRACT

 

The language of Miriek in Sarawak is the original ethnic language of the earliest tribes migrated to Miri but now is less spoken in everyday life. The shift in Miriek language can be seen through the findings of a previous study that shows a clear change in the aspect of language usage when the people of Miri migrated leading to language transitions. In order to prevent the uniqueness of the Sarawak's ethnic language from extinction, a detailed study has been carried out using the framework of Historical Linguistics through the comparative method in order to examine and identify the ancient phoneme forms of Miriek language. This study aims to give an overview of the Miriek language scattered around the country. The internal reconstruction method is used to describe the ancient form of speech in Miri. The study area is located within 5 areas around Miri involving informants that represent 5 variants of Miriek. Data is obtained throughout fieldwork via structured and unstructured interviews. The interviews of informants is conducted based on a list of almost 400 words which developed based on eight type of semantic fields. Findings which based on the order of sound correspondences revealed that the Ancient Miriek Language (BMkP) driven directly to all five variants of Miriek. The result of this study, therefore, is significantly useful input for future study in classifying BMkP in order to determine the close relationships between cognate languages.

 

Keywords: phonology; sound correspondences; historical linguistics; reconstruction; Miriek variant


Full Text:

PDF

References


Asmah Omar. (1993). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1994). Bahasa-bahasa bumiputera di Sarawak. The Sarawak Museum Journal. 47(68), 145-158.

Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bibi Aminah Abdul Ghani & Abang Ahmad Ridzuan. (1993). Pengekalan dan peralihan bahasa Miriek: satu pemerhatian. Jurnal Dewan Bahasa. 37, 703-716.

Blust, R.A. (1972). Report of Linguistic Field Work Undertaken in Sarawak. Borneo Research Bulletin. 4(1), 12-14.

Blust, R.A. (1974). Proto-North Sarawak Vowel Deletion Hypothesis. Ph.D thesis. University of Hawai’i.

Blust, R.A. (2002). Kiput Historical Phonology. Oceanic Linguistics. 41, 384-438. 10.1353/ol.2002.0004.

Borneo Post Online. (2012). UNESCO berusaha pelihara bahasa Kelabit dan Bidayuh. Diambil pada Ogos 1, 2018 daripada

https://wwwtheborneopost.com/2012/06/09/unesco-berusaha-pelihara-bahasa-kelabit-dan-bidayuh/

Campbell, L. (2001). Historical Linguistics: An Introduction. Cambridge: The MIT Press.

Collins, J. T. (1981). Ilmu linguistik sejarah: Asas, kaedah dan hasilnya. Jurnal Dewan Bahasa. 10 (25), 5-24.

Collins, J.T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. (1998). Bahasa Melayu di Hulu Tembeling: menjejaki sejarah Semenanjung. Jurnal Dewan Bahasa. 2, 145-157.

Crowley, T. (1992). An introduction to Historical Linguistics. Auckland: Oxford University Press.

Dayang Sariah, Nur Ardini, Norazuna, Hamidah & Damien. (2014). Pemilihan bahasa komuniti multilingual di Miri: Satu penelitian awal. Universiti Malaysia

Sarawak dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Languange Studies. 13(3), 211-222.

Hudson, A.B. (1978). Linguistic Relations among Bornean Peoples with Special Reference to Sarawak: An Interim Report in Mario D. Zamora, Vinson Sutlive,

Nathan Althuler & Peter W. Martin (Pnyt.), Shifting Patterns of Language Use in Borneo (hlm. 1-31). Williamsburg: College of William and Mary.

Julaihi Bujang. (1976). Laporan Kajian Etnologi Orang Miri. Kuching: Muzium Sarawak.

Kandau Sidi. (2018). Bahasa Jatti Meirek diancam kepupusan. Berita Harian Online, Diambil pada Ogos 1, 2019 daripada https://www.bharian.com.my/berita/

wilayah/2018/01/375242/bahasa-jatti-meirek-diancam-kepupusan. kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa. 4(2).

Martin, P.W. (1994). Linguistic Research in Brunei Darussalam: A Review. In the Borneo Research Council Proceedings Series 3, (Pnyt.). Shifting Patterns of

Language Use in Borneo (hlm. 81-94). Williamsburg. VA: Borneo Research Council.

Mohd. Tarmizi Hasrah, Shahidi A. H. & Rahim Aman. (2013). Inovasi dan retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies.

(3), 1675-8021.

Noriah Mohamed & Rohani Mohd. Yusof. (2010). Pengelompokan leksikostatistik bahasa-bahasa Peribumi di Sarawak. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains

Malaysia.

Noriah Mohamed & Rohani, Mohd. Yusof. (2004). Persamaan dan kemiripan bahasa: perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal

Bahasa. 4(2), 279-359.

Noriah Mohamed. (2001). Perbandingan kuantitatif bahasa Miri dengan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. September, 378-397.

Nur’rul Afifi Fahani Siraj. (2014). Peranan Persatuan Jatti Meirek dalam memartabatkan budaya etnik Meirek di kawasan Miri, Sarawak. Tesis Ijazah. Universiti Malaysia Sarawak. Malaysia.

Paul R.K. (1998). Language Classification in Sarawak: A Status Report. Sarawak Museum Journal. LIII(74), 137-173.

Persatuan Jatti Meirek Miri. (2008). Panduan bercakap bahasa Jatti Meirek (Terjemahan daripada bahasa Malaysia). Kuching: Samasa Press Sdn Bhd.

Rahim Aman, Norfazila Ab. Hamid & Shahidi A. H. (2015). Rekonstruksi vokal dan diftong bahasa Melanau Purba. GEMA Online® Journal of Language Studies.

(1), 189-206.

Rahim Aman. (2008). Linguistik bandingan bahasa Bidayuhik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ray, S.H. (1913). The Languages of Borneo. The Sarawak Museum Journal, I(14), 1-196.

Ringe, D. & Eska, J.F. (2013). Historical Linguistics: Toward a Twenty-First Century Reintegration. New York: Cambridge University Press.

Sarawak Voice. (2017). Setengah dari bahasa dunia pupus termasuk beberapa bahasa etnik Sarawak – UNESCO. Diambil pada Ogos 1, 2018 daripada

https://sarawakvoice.com/2017/08/10/setengah-dari-bahasa-dunia-pupustermasuk-beberapa-bahasa-etnik-swak-unesco/

Sather, C.A. (1979). Recent Studies of the Orang Miri. Published in Borneo Research Bulletin. Universiti Sains Malaysia. 11(2), 42-46.

Tunku Zainah Tunku Ibrahim. (1978). Malay Ethnicity in Sarawak: The Case of the orang Miri. Tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan yang tidak diterbitkan,

Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Malaysia.

Tunku Zainah Tunku Ibrahim. (1982). The Mirek: Islamized indigenes of Northwestern Sarawak. Part One. Contributions to Southeast Asian Ethnography. 1, 3-

Wikipedia. Diambil pada Ogos 15, 2018 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Morris_Swadesh

Yakup Mohd Rafee. (2018). Budaya tradisi kaum Jatti Miriek: Adat dan budaya perkahwinan kaum Jatti Miriek. Siri Sarawakiana. Kuching: Pustaka Negeri

Sarawak.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2021-2101-10

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021