Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan

Abstract


Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan  estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada  di sekeliling mereka. Sehubungan itu  tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Data peribahasa dikumpul daripada  empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mendapati  peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam  lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian juga membuktikan  terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.

 


Keywords


bahasa, pemikiran, peribahasa Melayu, hipotesis Sapir Whorf.

Full Text:

PDF

References


A. Khaled Mat Nor. (2008). Peribahasa SPM. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. (2004). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. (2007). Pengukuhan bahasa dan pemikira Melayu serantau. Dlm Irwandy (pnyt.). Bahasa dan pemikiran Melayu/Indonesia menyonsong 2025 (hlm 3-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahiyah Dato’ Hj Abdul Hamid & Hafriza Burhanudeen. (1998). Men and women in Malay proverb: An analysis of Malay gender ideology. Dlm. Sharifah Zaleha Syed Hassan & Rashila Ramli (pnyt.). Kedudukan dan citra wanita dalam sumber-sumber tradisional Melayu (hlm. 148-158). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Brown, C.C. (1951). Malay sayings. Singapore: Graham Brash (pte) Ltd.

Edwar Djamanis. (1985). Memahami dan menghargai peribahasa. Dewan Bahasa, 29(5), 338-344.

Effendy Kadarisman. (2009). Karya dosen. (Atas Talian). Telah dimuat turun 4 Februari 2011, dari http://karya-ilmiah.um.ac.id/index.php/karya-dosen-fs/article/view/3689

Gumperz, John J. (1996). Introduction to part IV: The social matrix, culture, praxis, and discourse. Dlm. J. J. Gumperz & S. Levinson. Rethinking linguistic relativity (hlm. 359-73). Cambridge: Cambridge University Press.

.

Hamilton A.W. (1947). Malay proverbs. Singapore: Eastern Universiti Press Ltd.

Indrawati Zahid. (1998). Peribahasa Melayu: Satu klasifikasi yang tiada penentu. Jurnal Dewan Bahasa, 42(11), 978-984.

Imran Ho Abdullah. (2011). Analisis kognitif semantik peribahasa melayu bersumberkan anjing. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 11(1), 125-139.

Jyh Wee Sew. (2009). Semiotik persembahan wacana. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Jufrizal Zul Amri & Refnaldi. (2007). Hipotesis Sapir-Whorf dan struktur informasi klausa pentopikalan bahasa Minangkabau. Jurnal Linguistika, 14(26), 1-22.

Kamus Dewan. (2005). ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kramsch, C. (2001). Language and culture. UK: Oxford University Press.

Lavandera, B. (1988). The social pragmatics of politeness forms. In U. Ammon and N. Dittmar (Eds.), Sociolinguistics: An international handbook of the science of language and society Vol 1. (hlm. 1196-1205) Berlin: Mouton de Gruyter.

Mohd Sharani Mohamad. (2000). 1001 peribahasa Melayu. Singapore: System Publishing House Pte. Ltd

Sapir, E. (1921). Language: An introduction to the study of speech. London: Harcourt Brace Jovanovich Publishers.

Slobin, D. I. (1996). From “thought and language” to “thinking for speaking”. Dlm J. J. Gumperz, & S. C. Levinson (pnyt.), Rethinking linguistic relativity. (hlm. 70-96). Cambridge: University Press.

Shellabear, W. G., & Guru Sulaiman Muhammad Nor. (1964). Kitab kiliran budi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Wilkinson, R. J. (1907). Papers on Malay subject 1: Malay literature. London: Luzac & Co.

Winstedt, R. O. (1950). Malay proverb. London: John Murray.

von Humboldt, W. (1767). From “thought and language” to “thinking for speaking”. Dlm J. J. Gumperz & S.C. Levinson (pnyt.), Rethinking linguistic relativity. (hlm. 70-76). Cambridge: University Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021