Analisis Perbandingan Penanda Wacana Pernyataan Semula Bahasa Melayu Iaitu dan Bahasa Sepanyol Esto es (A Comparative Analysis of Malay Reformulation Marker Iaitu and Spanish Reformulation Marker Esto es)

Norhayati Alias

Abstract


Artikel ini membincangkan mengenai penanda wacana iaitu dalam Bahasa Melayu, dan esto es dalam bahasa Sepanyol, yakni dalam proses wacana yang dinamakan Pernyataan Semula Parafrasa (Paraphrastic Reformulation). Proses Pernyataan Semula Parafrasa (PSP) adalah proses menjelaskan semula sesuatu mesej atau idea yang dianggap kabur, kurang jelas atau tidak mencukupi. Proses ini dinilai berdasarkan kesamaan yang wujud di antara dua segmen yang dihubungkan. Sehubungan ini, proses pernyataan semula parafrasa menunjukkan usaha dan kemampuan seseorang peserta sesebuah komunikasi wacana itu, samada lisan atau bukan lisan, memilih formula linguistik yang dirasakan paling sesuai untuk digunakan bagi menjelaskan maksud yang ingin disampaikan (Garcés, 2008). Kajian ini dijalankan dengan melakukan analisis terhadap teks ilmiah dan saintifik dalam bahasa Melayu dan Sepanyol. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua penanda wacana yang dikaji, iaitu dan esto es mempunyai fungsi utama yang sama, iaitu sebagai penjelas dan penerang terhadap idea yang telah diungkapkan sebelumnya. Selain dari itu, dari segi penyebaranya dalam binaan wacana, kedua-dua penanda wacana tersebut, iaitu dan esto es berada pada kedudukan di tengah-tengah, iaitu di antara dua segmen yang dihubungkan. 

 

Kata Kunci: analisis wacana; penanda wacana; pernyataan semula; parafrasa

 

ABSTRACT

 

This article examines the discourse markers iaitu in Malay and esto es in Spanish, in the discourse process called Paraphrastic Reformulation. The Paraphrastic Reformulation is a process of redefining a message or an idea that is considered vague, ambiguous, or inadequate. This process is evaluated based on the similarity inherent between the two connected segments. In this regard, the process of reformulation shows the effort and capability of an individual, wheather oral or non-verbal in selecting the linguistic formula that is deemed best to clarify the meaning conveyed (Garcés, 2008). This study was conducted by analyzing scholarly and scientific texts in Malay and Spanish. The findings show that both discourse markers studied, iaitu, and esto es have the same main function, namely, to explain the previously expressed idea. In addition, in terms of its distribution in discourse construction, the two discourse indicators iaitu and esto es are in the middle position, which is between the two connected segments

 

Keywords: discourse analysis; discourse markers; reformulation; paraphrase


Full Text:

PDF

References


______. (1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______. (1995). Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Kadir Jasin. (2009). Membangun Bangsa dengan Mata Pena. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Antos, G. (1982). Grundlagen einer Theorie des Formulierens. Textherstellung in geschriebener und gesprochener Sprache. Tübingen : Niemeyer.

Asmah Omar. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1991). Asas Penulisan Deskriptif. Petaling Jaya: Universiti Islam Antarabangsa.

Blakemore, Diane. (1993) .The relevance of reformulations. Language and Literature. 2, 101-120.

Casado Velarde, Manuel. (1991). Los operadores discursivos es decir, esto es, o sea y a saber en español actual: valores de lengua y funciones textuales. Lingüística Española Actual. 13(1), 87-116.

David Ortega Gutiérrez & Ángeles González Escudero. (2003). Constitución Española. Diakses 20 Disember, 2014 dari http://www.congreso.es/consti/constitucion/indice/

Escandell Vidal, M. Victoria. 2006. Introducción a la pragmática (2.ª ed.). Barcelona: Ariel.

Garcés Gómez, María Pilar. (2008). La organización del discurso: marcadores de ordenación y de reformulación. Madrid: Lingüística iberoamericana.

Gülich, Elisabeth y Kotschi, Thomas. (1983). Les marqueurs de la reformulation paraphrastique, Cahiers de Linguistique française (Connecteurs pragmatiques et structure du discours). Actes du 2ème Colloque de Pragmatique de

Genève. 5, 305-346.

Halliday, Michael A. K. Y. Hasan, Ruqaiya. (1976). Cohesion in English. Londres: Longman.

Hernández, María Aydée. (2016). El marcador discursivo o sea en el español hablado de Medellín. Lingüística y Literatura. 69, 295-314.

Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman, Norsimah Mat Awal & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2014. Strategi Wacana Akademik. GEMA Online® Journal of Language Studies. 14(1), 189-202.

José Luis Ruiz-Navarro & Sara Sieira. (2003). Constitución Española. Diakses 20 Disember, 2014 dari http://www.congreso.es/consti/constitucion/indice/

Mahathir Muhammad. (2005). Bahasa Sastera dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Martín Zorraquino, María Antonia y Portolés Lázaro, José. (1999). Los marcadores del discurso. Dalam I. Bosque & V. Demonte (Pnyt.), Gramática descriptiva de la lengua española. Espasa-Calpe: Madrid.

Mazni Othman. (1999). Panduan Mudah: Membaiki dan Menyenggara Pemain Cakera Padat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Isa Abd Majid et al. (2009). Kosmetik dan Anda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2013). Penanda Wacana Melayu Lama Dalam Teks Berunsur Sejarah. Jurnal Bahasa. 13, 243-258

Mohd. Azidan Abdul Jabar. (2003). Kohesi Wacana dalam Bahasa Arab. Satu Kajian terhadap Novel Al-Sahab Al-ahmar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Narbona Jiménez, Antonio. (2003). Sobre la Conciencia Lingüística de los Andaluces. Santander (ESPAÑA). Centra: Fundación Centro de Estudios Andaluces.

Nor Hashimah Jalaludin. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Análisis Semantik dan Pragmatik Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurmasitah Mat Hassan & Jama’yah Zakaria. (2015). Kohesi Gramatikal Penghubung dalam Karangan Berbahasa Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. 3. 101-113.

Real Academia Española. (2014). Diccionario de la lengua española. Madrid: Espasa.

Pedro Lombardía. (1983). Código de Derecho Canonico. Universidad de Navarra: Navarra.

Pons Bordería, Salvador. (2001). Connectives / Discourse markers. An overview. Quaderns de Filologia. Estudis Literaris. 5, 219-243.

Portolés Lázaro, José. (1999). El origen de los marcadores y la deixis discursiva. Dalam P. Carbonero Cano, M. Casado Velarde y P. Gómez Manzano (Pynt). Lengua y discurso: estudios dedicados al profesor Vidal Lamíquiz. Madrid: Arco /

Libros.

Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanat Md. Nasir. (2008). Karya Masuri SN dari Sudut Wacana. Seminar Masuri S. N, Singapura, 26 –27 Julai 2008.

Sato Hirobumi. (1991). Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Disertasi Dr. Fal, Universiti Malaya.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2019-1904-19

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021