Bahasa Remun di Negeri Sarawak: Kajian Perbandingan dengan Bahasa Iban (A Comparative Study of Remun and Iban in Sarawak)

Chong Shin, Remmy Gedat, Mohammed Azlan Mis

Abstract


Bahasa Ibanik adalah cabang bahasa Melayik yang variasinya memaparkan inovasi *-an, *-ang dan *-ar kepada /-ay/. Cabang bahasa ini tersebar di Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia). Di Sarawak, hanya variasi bahasa Ibanik Iban sahaja yang dikenali umum. Bahasa Remun yang turut merupakan variasi Ibanik sebaliknya kurang mendapat perhatian sarjana. Melalui tinjauan kosa ilmu mendapati bahawa belum ada deskripsi linguistik intensif yang membincangkan hubungan antara bahasa Remun dan bahasa Iban. Kajian ini menerapkan pendekatan deskriptif untuk mencungkil persamaan dan perbezaan kedua-dua bahasa ini dengan berfokus kepada aspek leksikal dan fonologi. Daripada 150 sampel kosa kata yang dibandingkan, didapati kadar persamaan kosa kata untuk kedua-dua bahasa ini ialah 82%. Melalui analisis fonologi ke atas dua fonem, iaitu r dan s didapati bahawa fonem r wujud sebagai /ɣ/ dalam bahasa Remun manakala sebagai /r/ dalam bahasa Iban. Bagi fonem s, bunyi ini wujud sebagai /h/ pada posisi akhir kata Remun dan sebagai /s/ dalam bahasa Iban. Analisis fonologi ini telah memberi bukti tambahan bahawa bahasa Remun bukanlah sejenis dialek Iban walaupun memaparkan persamaan 85% kognat. Hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran badan perancang bahasa Iban di Sarawak tentang wujudnya kelainan variasi dalam bahasa berkenaan. Justeru kerana bahasa Iban Standard turut diajar sebagai matapelajaran teras dalam pendidikan di Sarawak, kelainan-kelainan ini wajar diberi perhatian untuk melancarkan pembelajaran bahasa Iban.  

 

Kata kunci: Remun; Iban; Persamaan; Perbezaan; Leksikal; Fonem

 

ABSTRACT

 

Ibanic is a Malayic language subgroup that exhibited the innovations of *-an, *-ang and *-ar  to /-ay/. This language subgroup disperse in western Kalimantan (Indonesia) and Sarawak (Malaysia). In Sarawak, Iban is a well-known Ibanic language variety. Remun, which is also an Ibanic variety, on the other hand has been ignored by scholars. Based on literature reviews, so far there has been no in-depth description and investigation on the relationship between the Remun and Iban language. This study utilizes the descriptive approach to present the similarities and differences between these two languages. The descriptions are focused on lexical and phonology aspecst. The comparison between the lexical of Remun and Iban languages show that there are 82% of similarity within the 150 words compared. Based on the analysis on the phonemes of r and s, it is noticed that  r appeared as /ɣ/ in Remun but as /r/ in Iban language. For phomenes s, this study found that s appeared as /h/ in Remun and as /s/ in Iban. This phonological analysis indeed has presented additional evidence to prove that Remun is an Ibanic variety rather than a dialect of Iban although they share an 85% cognate. This study has able to present additional resources for the Iban Language Planning Unit in Sarawak and raise their awareness about the existence of Ibanic variations in this state. Since Iban language is taught as one of the core subjects in school, the awareness on  the differences between Remun and Iban are very important to facilitate the learning of Iban language.

 

Keywords: Remun; Iban; Similarity; differences; Lexical; Phoneme


Full Text:

PDF

References


Asmah, O. (1973). Linguistik deskriptif dan tradisi lisan. Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Seminar Pusat Pengumpulan, Pengajian dan Penggunaan Tradisi Lisan, Universiti Malaya, pada 29-31 Mac.

Chaer, A. (2007). Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta.

Chong S. (2006a). Menilai Distribusi dan Ciri Ibanik. Dalam S. Chong, H. Karim & A. Yabit (Pnyt.), Reflections in Borneo Rivers: Essays in Honour of Professor James T. Collins (hlm. 97-110). Pontianak: STAIN Pontianak Press.

Chong S. (2006b). Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas, Sarawak. Sarawak Museum Journal. LXII(83), 85-106.

Chong, S. (2008). Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat. Kuala Lumpur: Dewan Vahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. (2002). Bahasa dan Etnisiti di Pulau Borneo: Tinjauan Awal di Kalimantan Barat. Dewan Bahasa. 2(4),29-35.

Cullip, P. F. (2000) Language Use and Attitudes of the Remun of Sarawak: Initial explorations. Sarawak Museum Journal. LV(76), 1-43.

Cullip, P. F. (2003) Remun Language Use and Maintenance. Journal of Modern Language. 15, 60-70.

Fazal, M.M.S. & Khairul, F.A. (2014). Analisis deskriptif terhadap struktur frasa kerja bahasa Mendriq.

Jurnal Bahasa. 14(2): 169-191.

Hudson, A.B. (1970) A Note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak Language in Western Borneo. Sarawak Museum Journal. 18(36-37), 301-318.

Lehmann, W. (1973). Historical Linguistics: An introduction. New York: Holt, Rinehart & Winston Inc.

Noriah, M. (2004). Kesamaan dan kemiripan bahasa: Perbandingan kosa kata dasar sepuluh bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa. 4(2), 278-359.

Pringle, R. (1970) Rajahs and Rebels. Ithaca: Cornell University Press.

Rahim A. (2008). Linguistik Bandingan Bahasa Bidayuhik. Bangi: Penerbit UKM.

Rahim A., Nur Latiff, M. & Shahidi, A. (2018). Linguistik bandingan Bahasa Iban. Bangi: Penerbit UKM.

Remmy G. (2011) Pemilihan Variasi Iban dalam Interaksi: Kajian Kes di Bahagian Barat Sarawak. Jurnal MANU. 17, 87-100.

Remmy G. (2018). Variasi bahasa Iban dalam Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sandin, B. (1968) The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. Glasgow: Michigan State University Press.

Sandin, B. (1994). Source of Iban Traditional History. Sarawak Museum Journal. XLVI(67), 1-78.

Zahid, A. (2010) The Endangerment of Small, Indigenous Language: Lesson from Malaysia. East West University Linguistic Journal. 1, 67-92.

Wagner, C., Kawulich, B. & Garner, M. (2012). Doing Social Research: A Global Context. London: McGraw-Hill Higher Education.

Neuman, W.L. (2006). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Pearson/Allyn Bacon.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2019-1904-11

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021