Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang

Hashim Hj. Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi, Siti Sarah Ab Karim

Abstract


Artikel ini menelusuri warisan sifat keperibadian sosial orang Melayu yang tersemai dalam hati budinya atau “psyche”, dan terjelma dalam tindak-tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. Hashim Hj. Musa (2008) berdasarkan kajian tentang puisi Melayu tradisional yang menyentuh tentang simpulan bahasa, pepatah, dan pantun Melayu lama, telah menubuhkan dua puluh enam (26) teras hati budi Melayu.  Orang-orang yang  menghayatinya pula dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka itu dinamakan sebagai orang ‘budiman’ iaitu berbudi pekerti dan adab sopan yang mulia, berbudi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan berwibawa, dan berhati budi yang tinggi dan bijaksana.  Namun sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti  yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka, dan dalam zaman kini muncul dalam pelbagai gejala sosial yang buruk.  Demi meneliti keadaan hati budi orang Melayu, kajian ini dilakukan untuk mengukur sejauh mana keakuran atau penyimpangan teras hati budi Melayu dalam kalangan orang Melayu kini. Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa orang Melayu masih ada agamanya, nilai murninya, hakikat ilmunya tetapi masih   agak lemah dari segi didikan yang menyebabkan kerosakan dalam tingkah laku dan budi pekerti.  Oleh yang demikian daya usaha pemupukan kembali 26 teras hati budi itu pada masa kini sangat mendesak demi menjana dan membina umat Melayu masa depan yang gemilang.


Keywords


hati budi Melayu, nilai murni, puisi Melayu, penyakit hati, perisian penilaian kendiri.

Full Text:

PDF

References


Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazaly (1971). Ihya’ `Ulumuddin (Jiwa Agama). Terjemahan Maisir Thaib & A. Thaher Hamidy. Medan: Pustaka Indonesia.

Al-Attas, S. M. Naquib. (1995). Prolegomena to the metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.

Al-Razi, Fakhar al-Din. (1969). Ilmu al-akhlaq. English Translation M. S. Hassan Mas`umi, Islamabad: Islamic Research Institute.

Cortesao. A (ed.). (1944). The sume oriental of tome pires: An account of the east, from the red sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515. 2 Volumes, London: Hankuyt Society Works.

Elegant, S. (1999). Far Eastern Economic Review, 10 Jun, hlm. 45.

Fromm, E. (1942). Character and the social process. New York: Routledge.

Hashim Hj. Musa. (2001). Falsafah, logik, teori nilai dan etika Melayu: Suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj. Musa. (2005). The theory of knowledge and language: An alternative view from Malay studies perspective. AFKAR, Journal of Akidah & Islamic Thought, 6, Mei 2005, 193-224.

Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj. Musa. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolingusitik II: Bahasa Pemikiran dan Integrasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 268-278.

Lee Su Kim. (2003). Exploring the relationship between language, culture and Identity. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 3(2).

Mohd Kamal Hassan. (1996). Towards actualizing Islamic ethical and educational principles in Malaysian society. Kuala Lumpur: ABIM.

Mohd Najib Tun Abdul Razak, Dato Sri. (2006). Globalising Malaysia: Towards building a developed nation. Kuala Lumpur: MPH.

Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Ali Haji. (1932/1965). Tuhfat al-nafis. Naskhah Rumi oleh Munir bin Ali. Singapura: Malayan Publication Ltd.

Siti Sarah Ab Karim & Normahdiah Sheikh Said. (2010). Mengenali hati budi Melayu membantu pengintegrasian pemikiran budaya bangsa. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II: Bahasa, Pemikiran dan Integarasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 638-644.

Shellabear, W. G. (peny.). (1967). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tenas Effendy. (2004). Tunjuk ajar Melayu. Yogyakarta: Adicita Karya Nusa.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021