Maria Zaitun Dalam Salam Maria Lambang Wanita Mukmin

Kalthum Ibrahim

Abstract


mementingkan kerohanian dan juga keduniaan seadanya sahaja. Maria Zaitun telah
menggunakan seluruh kehidupannya membantu wanita lain yang bernasib malang.
Wanita yang mempunyai pelbagai masalah dan dihimpit penderitaan bangun dalam dunia
Maria Zaitun sebagai manusia yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan
ummah. Bagi Maria Zaitun kehidupan di dunia merupakan tapak dia mendapat syurga di
akhirat. Itulah kejayaan yang sebenar yang seharusnya dicapai oleh setiap manusia yang
bergelar muslim dan mukmin. Fatimah Busu dalam novel tersebut mengkritik masyarakat
Melayu Islam, kezaliman yang berlaku dalam masyarakat, dan memberi hak orang
kurang upaya, mangsa sumbang mahram untuk terus menjalani kehidupan. Salam Maria
merupakan satu peranan yang dapat dimainkan oleh pengarangnya untuk menyampaikan
mesej “Nur Keislaman”. Manusia sudah jauh daripada kehidupan yang sempurna, dan
diharapkan melalui pembacaan, pengkajian dan penghuraian yang dibuat daripada novel
ini menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hidup yang berlandaskan keislaman
bagi menjadi masyarakat yang berjaya. Media juga seharusnya dapat memainkan peranan
sebaik mungkin dalam memulihkan masalah kejatuhan moral yang parah dalam
masyarakat kini. Tanpa pedoman dan dorongan serta contoh yang baik wanita kurang
mengetahui arah tujuan sebenar kehidupan, oleh itu dengan adanya novel seperti ini
menjadikan pembaca berfikir dan membolehkan pembaca menilai dan mengikuti cara
yang baik melalui watak Maria Zaitun untuk meneruskan kehidupan dalam dunia
globalisasi ini.


Full Text:

PDF

References


Andek Masnah Andek Kelawa. (1999). Kepimpinan wanita dalam Islam. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsan Malaysia.

Anwar Zainal Abidin. (2002). Citra wanita muslimah dalam sejarah. Dlm Siti Saudah Hj

Hassan dan rakan-rakan (pnyt.). Ketokohan wanita Islam, hlm. 148-156. Universiti

Kebangsaan Malaysia: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti

Pengajian Islam.

Kasmiran Wuryo Sanadja. (1985). Filsafat Manusia. Jakarta: Penerbit Erlangga.

Muhammad Ali Al-Hashimi. (1998a). Keperibadian Wanita Muslimah. Jilid 1. Terj.

Bandar Baru Bangi: Maktabah al-Qardhawi.

Muhammad Ali Al-Hashimi. (1998b). Keperibadian Wanita Muslimah. Jilid 11. Terj.

Bandar Baru Bangi: Maktabah al- Qardhawi.

Fatimah Busu. (2004). Salam Maria. Selangor: Absolute Press (M) Sdn. Bhd.

Rene Welek dan Austin Warren. (1988). Teori Kesusasteraan, Terj. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruzy Suliza Hashim. (2004). Realisme Magis dan Ikhtiar Wanita dalam Salam Maria –

Satu Penelitian Awal. Kertas Kerja yang dibentangkan di Majlis Diskusi Buku dan

Pelancaran Salam Maria anjuran Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 3 Disember 2004.

Siti Saudah Hj Hassan dan rakan-rakan (pnyt.). (2002). Ketokohan wanita Islam. U.K.M:

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Fakulti Pengajian Islam.

Siti Saudah Hj Hassan dan Fatimah Yusro Hashim. (2002). Rabiah al-Adawiyah: Tokoh

Sufi dan perundangan Islam. Dlm Siti Saudah Hj Hassan dan rakan-rakan (pnyt.).

Ketokohan wanita Islam. hlm. 50-59. Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan

Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021