Apabila Teori Feminis Ternyata Tidak Diperlukan: Satu Kajian Kes

Ungku Maimunah Mohd. Tahir

Abstract


Dalam kesusasteraan Melayu, teori Barat rata-rata menjadi pilihan sebagai kerangka analisis untuk merungkai novel Melayu. Antara teori Barat yang disenangi terutama dalam kalangan pengkritik wanita ialah teori feminis, dan Prof. Madya Dr Siti Hajar Che Man adalah antara pengamal teori ini yang agak konsisten. Dalam dua buah kertas kerjanya Siti Hajar  memanfaatkan teori feminis untuk merungkai novel Azizi Haji Abdullah  Harga sebuah maruah yang memenangi Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Menurut Siti Hajar, melalui novel ini Azizi telah memecahkan kepompong patriarki, membebaskan watak wanitanya, Cah, untuk diketengahkan dan diperkasakan, dan dengan itu Azizi telah  melakukan satu anjakan dalam kesusasteraan Melayu.  Makalah ini menggunakan beberapa idea utama gagasan persuratan baru sebagai kerangka analisisnya, khususnya yang membezakan antara ilmu dan cerita, dengan menekankan penggunaan wacana sebagai wadah untuk mengungkapkan ilmu. Makalah ini meneliti dua kertas kerja tersebut untuk melihat sejauh mana teori feminis diperlukan untuk mencungkil penemuan yang diperkatakan itu, di samping melihat sejauh mana penemuan atau dakwaan tersebut dapat dipertanggungjawabkan dari segi ilmiah.  Makalah ini berpendapat teori feminis sesungguhnya tidak diperlukan untuk merungkai Hsm sementara penemuan yang diketengahkan itu tidak mempunyai asas akademik dan sukar diterima. 


Keywords


feminisme; feminis; cerita; ilmu; persuratan baru

Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an Al-Karim. (2008). Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Azizi Haji Abdullah. (2007). Harga sebuah maruah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesumawati A Bakar. (2005). Re-examining femininity - The voices of leadership in management meeting discourse. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 5 (1), 1-36

Marching, Soe Tjen. (2007). The representation of the female body in two contemporary Indonesian novels: Ayu Utami's Saman and Fira Basuki's. Jendela-jendela. Indonesia and the Malay World, 35(102), 231-245.

Mohd. Affandi Hassan. (2012). Gagasan Persuratan Baru. (Atas talian) Muat turun 14 Jun 2012, dari http://pbaru.blogspot.com/2010/06/gagasan-persuratan-baru-dan-hakikat.html

Mohd. Affandi Hassan. (2010). Mengembalikan peranan ilmu yang benar dalam persuratan Melayu. Dlm Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.), Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis (2010). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Affandi Hassan et al. (2008). Gagasan persuratan baru: Pengenalan dan penerapan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Affandi Hassan. (1997). Pujangga Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd. Affandi Hassan. (1994). “Mengapa saya menulis Aligupit.” Dewan masyarakat, September.

Mohd. Affandi Hassan. (1992). Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Zariat Abdul Rani, (2010). Ilmu dan penjanaan ilmu dalam novel Melati Kota Bharu karya A. Kadir Adabi: satu bacaan intelektual. Dlm Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.), Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis (2010). Bangi: Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2004). Seksualiti dalam novel Melayu: Satu analisis teks berdasarkan persuratan baru. Tesis yang dikemukakan untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah, Tesis Doktor Falsafah, 2004, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noritah Omar. (2006). Colonialism and Malay masculinity: Malay satire as observed in the novel. Kawin-kawin, Sari, 24, 107-120.

Rahmah Ahmad Othman. (2010). Sejarah tradisi sastera Arab dan Islam: fokus kepada sastera sebagai sumber ilmu. Dalam Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.), Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis (2010). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ruzy Suliza Hashim & Shahizah Ismail Hamdan. (2010). Facets of women in Malay romance fiction. Kunapipi, Journal of Postcolonial Writing & Culture, 32(1/2), 67-88.

S. Othman Kelantan. (2002). Berita Harian. Godam: Kemelut Anugerah Sastera Negara. (Atas talian) Muat turun 9 April 2012, dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Godam_KemelutAnugerahSasteraNegara/Article/.

Sayembara mengarang novel dewasa sempena perayaan jubli emas DBP. (2005). Dewan sastera, Mei.

Siti Hajar Che Man. (2010a). Jiwa raga wanita: Memahami dan menyelami pemikiran Azizi Hj Abdullah dalam novel-novel terpilih. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah, 3 Ogos.

Siti Hajar Che Man. (2010b). Constructing a theory on women’s soul and mind: An early concept of independent self-theory. Malay Literature, 23(1), 18-30.

Siti Hajar Che Man. (2009). Keperkasaan wanita dalam Harga sebuah maruah. Kertas kerja yang dibentangkan di Majlis Bicara Karya, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Baling, 23 Jun.

Siti Hajar Che Man. (2007). Esei-esei kritikan feminis dalam kesusasteraan Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2012). Wanita sebagai objek seks: Penanganannya dalam novel Bila Hujan Malam. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12(2), 539-553.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2011). Women as Sex Objects in Azizi Haji Abdullah’s Novel Bila Hujan Malam: A Critical Appraisal. Asiatic, 5(2), 61-78.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2010a). Takrif dan pemahaman “ilmu” dalam tradisi sastera barat.” Dalam Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.), Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis (2010). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2010b). Cerita: kedudukan dan peranannya dalam karya kreatif penulis wanita sebelum merdeka. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(2), 117-131.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir.(2009). Dinamika pemikiran sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir.(2008). Salam Maria daripada perspektif persuratan baru. Dlm Mohd. Affandi Hassan et al., (pnyt.), Gagasan persuratan baru: Pengenalan dan penerapan (2008). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2007). Kritikan sastera Melayu: Antara cerita dengan ilmu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (1998). Antara kampung dan kota: Rural bias in the novels of Shahnon Ahmad. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Roselezam Wan Yahya. (2003). Female silence in K S Maniam’s play The sandpit: a monologue. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 3(2), 1-17.

Watson, C W. (2005). Plus ça change … ? A comparison of two Indonesian feminist novels: Suwarsih Djojopuspito's Maryati and Istiah Marzuki's Sundus. Indonesia and the Malay World, 33(95), 67-85.

Zalila Sharif. (2007). Laporan sayembara mengarang sempena sambutan jubli emas DBP. Dewan Sastera, Mac.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021