Pemetaan Struktur Peristiwa Bahasa: Komunikasi Bebas Konflik

Sara Binti Beden, Indirawati Binti Zahid

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Penggunaan bahan Komsas mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi dan  mengutamakan kesopanan berbahasa. Justeru, amalan murni ini dapat melahirkan insan yang bersikap positif dalam menangani pelbagai situasi. Oleh itu, aspek kesopanan berbahasa perlu dititikberatkan dalam komunikasi sama ada secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau mengalami konflik. Dalam konteks karya sastera, paparan kesopanan dalam peristiwa bahasa dimanifestasikan melalui peristiwa bahasa yang menggunakan struktur tertentu dalam dialog agar maklumat yang disampaikan bebas konflik. Analisis ini akan memperlihatkan pemetaan struktur peristiwa bahasa berdasarkan dialog watak utama dan watak sampingan dalam bab 16 novel ini. Kajian ini akan mengaplikasikan kombinasi model kesopanan Leech (1983) dan model kerjasama Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU) bagi menganalisis data kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan, analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pemetaan struktur  peristiwa bahasa memperlihatkan paparan struktur yang bervariasi bagi memenuhi keperluan mewujudkan situasi komunikasi bebas konflik. Kewujudan situasi ini dapat menjamin semua pihak berada dalam zon yang selesa selain meningkatkan keberkesanan dalam berkomunikasi apabila objektif setiap penutur atau pemeran tercapai. Situasi ini sekali gus memanifestasikan kepentingan amalan kesopanan berbahasa semasa berkomunikasi. Kesimpulannya, pemetaan struktur peristiwa bahasa dengan menggunakan kombinasi kedua-dua model dapat mencerminkan kesopanan berbahasa secara terperinci dalam peristiwa bahasa Melunas Rindu. 


Keywords


dialog; Komsas; struktur; pemetaan; maksim

Full Text:

PDF

References


Ab Rahman Ab Rashid. (2006). Hubungan Estetik dan Nilai dengan Latar Belakang Murid Dalam Pendidikan Komsas. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Malaysia.

Ainul Nuriman. (2015). Lestarikan Budaya Bersopan Santun. Dewan Bahasa: Kuala Lumpur.

Asmah Omar. (1996). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boonjeera, C. (2011). Perception of Politeness in English Request by Thai EFL Learners. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal of English Language Studies. 7(2), 59-71.

Brown, P. & Levinson, S. C. (1987). Politeness Some Universals in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Ding Choo Ming. (2005). Bahasa Penjaga Budaya. Dewan Bahasa: Kuala Lumpur.

Fraser, B. (1990). Perspective of Politeness. Journal of Pragmatics. 14, 219-236.

Goffman, E. (1955). On Face Work: An Analysis of Ritual Elements in Social Interactions. Psychiatry Journal. 18, 213-231.

Goffman, E. (1967). Interaction Ritual: Essays on Face to Face Behavior. New York: Pantheon.

Goffman, E. (1975). International Rituals: Essays on Face to Face Behaviour. New York: Anchor Books.

Grice, H.P. (1975). Logic and conversations. Dalam Cole, P. & Morgan (Ed.). Syntax and Semantic: Speech Act (hlm. 41-58). New York: Academic Press.

Gu, Y. (1990). Politeness Phenomena in Modern Chinese. Journal of Pragmatics. 14, 237-257.

Hartini Hamzah. (2009). Melunas Rindu Edisi Murid. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hashim Musa, Normadiah Sheik Said, Rozita Che Rodi & Siti Sarah Abd Karim. (2012). Hati Budi Melayu : Kajian Keperibadian Sosial Melayu ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(1), 163-182.

Hassan Ahmad (2004). Bahasa Melayu dan Minda Melayu: Satu Tinjauan Kritis. Jurnal Melayu. 1, 19-51.

Ide, S. (1982). Japanese Sosiolinguistics Politeness and Women’s language. Jurnal Lingua 57, 357-385.

Indirawati Zahid. (2010). Bahasa Halus Paparan Kesantunan Melayu. Dewan Bahasa. Mac: 12-15.

Indirawati Zahid. (2012). Kesantunan Melayu ke arah situasi bebas konflik. Dalam Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (Ed.). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementeran Pendidikan Malaysia.

Lakoff, R.T. (1975). Language and Woman’s Place. New York: Harper and Row, London.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman.

Maizatul Akma Aziz. (2010). Patriotisme dalam Novel Komsas. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Mao, L, M. (1994). Beyond Politeness Theory: Face Revisited and Renewed. Jurnal of Pragmatics. 12, 403-426.

Matsumoto, Y. (1989). Politeness and Conversations Universals-Observation from Japanese. Multilingua Journal. 8, 207-222.

Mohd Yazid Kassim. (2005). Genre Drama dalam Teks Sastera: Kajian Kandungan Nilai. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Noor Hatini Zolkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Unsur Eufemisme dalam Novel Papa dan Azfa Hanani. Jurnal Bahasa. 12(1), 83-108.

Nor Azian Ab. Aziz. (2005). Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Nurul Jamilah Rosly. (2010). Kesantunan Berbahasa dalam Novel Julia: Satu Analisis Lakuan Bahasa Maaf Berdasarkan Prinsip Kesantunan Leech (1983). Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Rohaidah Mashudi, Ahmad Mahmood Musanif, Adi Yasran Abdul Aziz & Hasnah Mohamad. (2013). Faktor Kesopanan dan Strategi Komunikasi dalam Genre Perbincangan di Televisyen. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 164-178.

Qaisar, K. & Faraz, A. B. (2012). Nunnery Scene : A Pragmatic Analysis of Hamlet-Ophelia Encounter. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal of English Language Studies.18(2), 25-34.

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2014). Analisis Kesopanan Bahasa Leech & Grice: Manifestasi Struktur dan Pola Kesopanan Bahasa dalam Peristiwa Melunas Rindu. Jurnal JATI (Journal of Southeast Asean Studies). 19, 157-174.

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2015). Analisis Kesopanan Bahasa dalam Novel Melunas Rindu: Aplikasi Maksim Leech (1983) & Grice (1975) dan Kaitannya dengan Sosiobudaya Melayu. Jurnal Bahasa. 15(1), 143-172.

Shukri Zakaria. (2007). Analisis Nilai-nilai Murni Novel Panas Salju Tingkatan 3. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan . Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tenas Effendy. (2011). Kesantunan dan Semangat Melayu. Pekanbaru: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Yahya Othman. (2005). Budi Bahasa dalam Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa. Julai: 31-32.

Yong, S. P. (1997). Satu Analisis Perbualan di Kalangan Guru Berpandukan Teori Grice. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Zainal Abdidin Ahmad (Za’ba). (1950). Malay Manners and Etiquette. JMBRAS. XXIII.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Akhlak Mulia melalui Kesantunan Berbahasa. Dewan Bahasa. September, 28-31.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2011). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. 12(2), 321-328.

Zena Moayad Najeeb, Marlyna Maros & Nor Fariza Mohd Nor. (2012). Politeness in E-mails of Arab Students in Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(1), 125-145.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021