Membangun Daya Tahan Perlindungan Sosial Menerusi Lensa Eklektik: Peranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam Menangani Tekanan Kos Sara Hidup Golongan Rentan di Malaysia

Siti Norayu Waluyob, Muhamad Azwan Abd Rahman

Abstract


Sistem perlindungan sosial memainkan peranan penting dalam memperkukuh ketahanan sosioekonomi negara dan salah satunya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam konteks evolusinya di Malaysia, sistem ini telah memberikan manfaat besar terhadap pembangunan kesejahteraan rakyat. Justeru, artikel ini menghujahkan KWSP yang merupakan salah satu sistem perlindungan sosial di Malaysia bukan setakat perlu beradaptasi dengan perkembangan tertentu yang mencabar bahkan dituntut penilaian yang lebih jelas untuk menangani tekanan kos sara hidup pekerja golongan rentan di Malaysia. Sehubungan itu, dalam menghuraikan teka-teki intelektual secara kritikal, artikel ini disangga dengan tiga kerangka imperatif iaitu Peranan Negara, Pembangunan sebagai Kebebasan dan Masyarakat Berisiko yang dikenali sebagai pendekatan eklektik bagi membangun solusi yang berdaya tahan. Kewibawaan analisis yang lebih menyeluruh terhadap hubungan antara pembangunan sosioekonomi, keadilan sosial dan pengurusan risiko dalam konteks negara membangun dipertaruhkan menerusi pendekatan eklektik ini. Pengkaedahan kualitatif digunakan khasnya sumber primer diperolehi daripada temu bual mendalam separa berstruktur bersama informan berwibawa, perbincangan kumpulan tumpu (FGD) dan analisis dokumen. Manakala sumber sekunder dikumpul daripada data kajian kepustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan dalam talian yang berwibawa. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun KWSP berfungsi sebagai institusi utama insurans sosial, struktur caruman berasaskan peratusan telah mewujudkan ketidakseimbangan perlindungan antara pekerja formal dan tidak formal. Keadaan ini meningkatkan kerentanan golongan B40, wanita, warga emas, pekerja tidak formal dan orang kurang upaya, terutama untuk melantun kembali ketika berdepan krisis ekonomi dan kenaikan kos sara hidup. Artikel ini menegaskan keperluan reformasi sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif, responsif dan mampan bagi memastikan kesejahteraan golongan rentan benar‑benar terpelihara.

Keywords


Golongan Rentan, Keadilan Sosial, KWSP, Pembangunan Inklusif, Kos Sara Hidup, Sistem Perlindungan Sosial.

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2302.10

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia