Penyelesaian Konflik dalam Teks Sastera Sejarah Hikayat Merong Mahawangsa

Nur Nabilah Mohd Razi, Muhd Norizam Jamian

Abstract


Artikel ini membincangkan aspek penyelesaian konflik yang dipaparkan dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Konflik merupakan satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan antara satu pihak dengan pihak lain yang saling menentang sekiranya berlaku percanggahan pandangan. Setiap konflik yang berlaku perlu dileraikan dengan penyelesaian yang tertentu agar tidak menjadi barah dalam kehidupan masyarakat. Penyelesaian konflik merupakan kaedah untuk menangani atau mengatasi masalah yang terjadi dalam masyarakat. Kajian berkaitan aspek penyelesaian konflik dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa belum diberikan penelitian secara khusus terutamanya daripada perspektif Ralf Dahrendorf. Kajian ini bertujuan menganalisis penyelesaian konflik yang dipaparkan dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini membataskan kepada teks sastera sejarah Hikayat Merong Mahawangsa yang dikaji oleh Siti Hawa Haji Salleh (1988). Seterusnya, artikel ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sehubungan itu, penerapan teori penyelesaian konflik yang dikemukakan oleh Ralf Dahrendorf telah dipilih sebagai gagasan utama dalam penelitian kajian ini. Menerusi teori konflik Dahrendorf (1959), dua kaedah penyelesaian konflik sahaja yang diguna pakai iaitu penyelesaian secara konsiliasi dan penyelesaian secara mediasi sesuai dengan bentuk konflik yang terkandung dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Hasil kajian mendapati penyelesaian konflik secara konsiliasi telah diaplikasikan untuk meleraikan konflik peribadi dan konflik rasial. Seterusnya, penyelesaian secara mediasi pula telah diaplikasikan dalam meleraikan konflik kuasa dan konflik antara kelas sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan bukti kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisional dalam menguruskan konflik serta krisis yang berlaku dengan penyelesaian yang berkesan.

 

Kata kunci: penyelesaian; konflik; Hikayat Merong Mahawangsa; konsiliasi; mediasi 

Abstract: This article discusses the aspect of conflict resolution depicted in the text of Hikayat Merong Mahawangsa. Conflict is a form of social interaction that involves opposing views between two or more parties. When disagreements arise, it is essential to resolve conflicts using specific methods to prevent them from becoming detrimental to society. Conflict resolution is the process of addressing or overcoming issues that occur within a community. Research related to conflict resolution within the text of Hikayat Merong Mahawangsa has not been extensively explored, especially from the perspective of Ralf Dahrendorf. The aim of this study is to analyze the conflict resolution depicted in the text of Hikayat Merong Mahawangsa. The research is focused on the historical literary text of Hikayat Merong Mahawangsa as studied by Siti Hawa Haji Salleh (1988). Additionally, this article adopts a qualitative approach utilizing literature review and textual analysis methods. Therefore, the primary framework applied in this study is Ralf Dahrendorf’s conflict resolution theory. According to Dahrendorf's conflict theory (1959), only two conflict resolution methods are employed, namely consiliation and mediation, in accordance with the types of conflicts depicted in the text of Hikayat Merong Mahawangsa. The research findings reveal that conciliation was applied to resolve personal and racial conflicts, while mediation was employed to address power struggles and conflicts between social classes. The study indicates that Hikayat Merong Mahawangsa provides evidence of the wisdom of traditional Malay society in effectively managing conflicts and crises.

Keywords: solution; conflict; Hikayat Merong Mahawangsa; conciliation; mediation

References

Amran Hassan. (2011). Konflik. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Arba’ie Sujud. (2012). Apresiasi bahasa dan interpretasi (edisi baharu). Sarjana Press.

Azizi Yahyan & Jamaludin Ramli. (2007). Psikologi abnormal. Universiti Teknologi Malaysia.

Coser, L.A. (1956). The functions of social conflict. Routledge and Kegan Paul.

Dahrendorf, R. (1958). Toward a theory of social conflict. The Journal of Conflict Resolution, 2(2), 170-183. https://doi.org/10.1177/002200275800200204

Dahrendorf, R. (1959). Class and class conflict in industrial society. Stanford University Press.

Malike Brahim. (2008). Mengurus konflik. IBS Buku.

Mohd Foad Sakdan. (2005). Pengurusan konflik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183-194. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-12

Muhd Norizam Jamian & Zubir Idris. (2019). Kebijaksanaan adab dalam hikayat Melayu tradisional. Akademika, 89(Isu Khas), 81-91. https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-08

Mumtazah Othman & Husna Sulaiman. (2008). Penyelesaian masalah, teknik & aplikasi. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nadiatul Shakinah Abdul Rahman. (2023). Ekspresi emosi sebagai satu bentuk komunikasi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 20(3), 279-288. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2003.24

Nazreen Shahul Hamid. (2015). Adaptasi teks Hikayat Merong Mahawangsa kepada filem: Analisis perbandingan unsur naratif. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 201-218. https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/download/4488/1318/

Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan Mohamad Hanapi. (2019). Mitos berdasarkan teks sastera Melayu tradisional. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(6), 78-87. http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-06-06-07.pdf

Norazlina Mohd Kiram, Raja Masittah Raja Ariffin & Jama’yah Zakaria. (2017). Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga. Akademika, 87(2), 77-87. http://doi.org/10.17576/akad-2017-8702-06

Nurgiyantoro. (2002). Teori Pengkajian fiksi. Gajah Mada University Press.

Nurhayati Diyana Musa. (2015). Konflik-konflik dalam drama Shaharom Husain. [Tesis Ijazah Sarjana Muda]. Universiti Putra Malaysia.

Siti Hawa Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya.

Siti Zuhaidah Zakeria & Nik Rafidah Nik Muhamad. (2014). Konflik dalam cerita rakyat dan kesannya kepada kanak-kanak. PENDETA-Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 5(1), 189-205. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/download/1201/863/2020


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.45

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia