Pembinaan Negara-Bangsa di Malaysia: Sorotan dari Segi Sejarah dan Cabarannya

Khairul Ghufran Kaspin, Mohd Samsudin, Azlizan Mat Enh

Abstract


Negara-bangsa ialah sebuah negara berdaulat yang mempunyai penduduk dengan kesedaran bahawa terdapat persamaan dalam kalangan mereka. Persamaan tersebut dapat dilihat dari segi tradisi lama, adat dan bahasa yang dikongsi bersama-sama dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam sebuah wilayah negara-bangsa. Dari sudut kewujudannya, sesebuah negara-bangsa merupakan entiti yang bebas daripada konsep dunia empayar. Di Malaysia, konsep asas pembinaan sebuah negara-bangsa telah wujud sejak zaman pemerintahan raja Melayu, manakala sistem pentadbiran ketika zaman penjajahan British pula telah memperkenalkan Tanah Melayu kepada konsep negara-bangsa moden. Justeru, kajian ini bertujuan menyoroti sejarah perjalanan pembinaan negara-bangsa malaysia yang merdeka dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara dalam usaha mencapai tujuan tersebut. Makalah yang dihasilkan adalah berbentuk kajian kualitatif sejarah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Disamping itu, kaedah penulisan dan analisis Sains Sosial juga digunakan bagi menghasilkan analisis penulisan yang lebih luas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia merupakan sebuah proses yang berterusan atau ongoing process. Proses tersebut mula terbentuk melalui konsep tradisional negara-bangsa yang wujud sebelum zaman penjajahan British lagi dan seterusnya proses tersebut berkembang ketika zaman penjajahan dan terus berkembang setelah mencapai kemerdekaan mengikut perkembangan Tanah Melayu yang berfungsi sebagai sebuah negara-bangsa. Hingga pada era pasca-merdeka, dasar-dasar yang cuba diketengahkan oleh pihak pemerintah terus memperkasakan konsep negara-bangsa bagi membentuk bangsa idaman dan negara cita yang menjadi menjadi objektif semua negara yang merdeka. Makalah ini diharapkan dapat memberi gambaran terhadap perjalanan sejarah dan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha membentuk sebuah negara-bangsa idaman. 

Kata kunci: Negara-bangsa; sejarah; cabaran; bangsa idaman; nasionalisme.

Abstract: A nation-state is a sovereign state with the people have an awareness that they have something in common. There is something in common that can be seen among those who live together in the same nation-state territory based on language, customs and old traditions that are shared. In short, a nation-state is a state entity that is free from any world concept of empire. In Malaysia, the basis of nation-state building has existed since the reign of the Malay king, while the British administrative system during the colonial period had introduced Malaya to the concept of a modern nation-state. Thus, this study aims to highlight the history of the nation-state formation in Malaysia and the challenges in order to achieve the goal. This is a qualitative academic history article and the writing used the document analysis method. In addition to that, the Social Science analysis methods are also used to give a more extensive and broad writing analysis. The results of the study found that the nation-state building in the country is an ongoing process. The process has been formed through the traditional nation-state concept that existed before the British colonial era, thus the process keep developed during the colonial period and continued after the independence based on the development of as a sovereign nation-state. Until the post-independence era, the policies that the government tried to highlight continued to empower the nation-state concept to form a nation-of-intent in the country that became the objective of all independent countries. This paper is expected to give such a broad overview of the history and challenges faced by the country in its efforts to form a nation-of-intent.

Keywords: Nation-state; history; challenge; nation-of-intent; nationalism

References

Abdullah Zakaria Ghazali. (1997). Pasir Salak, pusat gerakan menentang British di Perak. Yayasan Perak.

Abdullah Zakaria Ghazali. (2013). Gerakan patriotisme dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pnyt.). Gerakan patriotisme dan kebangsaan dalam peradaban Malaysia (hlm. 65-108). Tanjung Malim: Institut Perabadan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rahman Embong. (2015). Negara-bangsa, proses & perbahasan (Edisi Kedua). Penerbit UKM.

Abdul Rahman Tang Abdullah & Wan Shawaluddin Wan Hassan. (2015). Elemen sejarah dalam pembentukan negara: Kemunculan negara bangsa di Eropah dan proses kolonialisasi dan dekolonialisasi dalam konteks Malaysia. Perspektif, 7 (1), 57-71. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1699/1226

Abu Talib Ahmad. (2008). Aliran kiri dalam nasionalisme Melayu, 1945-57: Satu pemerhatian. Malaysia Dari Segi Sejarah, 36, 24-51.

Anderson, B. (1991). Imagined communities; Reflections of the origin and spread of nationalism. Ulang Cetak.Verso Books.

Hasnah Hussiin. (2010). Isu-isu negara bangsa abad ke-21. Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Hickling, R. H. (1960). An introduction to the Federal Constitutional. Federation of Malaya information services.  

Hooker, M. B. (1984). Islamic law in South-East Asia. Oxford University Press.

Ishak Saat. (2007). Politik Melayu pelbagai aliran. Karisma Production Sdn. Bhd.

Ishak Saat. (2010). Penulisan sejarah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jenks, E. (1974). The state and the nation. E. P. Dutton.

Khoo, K. K. (2010, September 6). Hak istimewa Melayu tidak boleh dipadam. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/142082   

Mahathir Mohamad. (1992, Januari 31). Towards a united malaysian nation. Ucapan pada makan malam United Malaysian Nation by the year 2020, Kuala Lumpur. https://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1653

Mohamad Rodzi Abdul Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa malaysia: peranan pendidikan sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jebat, 36, 90-106. https://ejournal.ukm.my/jebat/article/view/42239  

Mohd Ashraf Ibrahim. (2004). Gagasan bangsa Malayan yang bersatu 1945-57. Penerbit UKM.

Mohd Ashraf Ibrahim. (2010). Pembentukan negara bangsa di Malaysia 1945-1974. [Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Ramlah Adam. (1993). Pembentukan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, 1946-1956 dan kesannya kepada kedudukan politik orang Melayu, dlm. Malaysia dari segi sejarah (hlm. 2). Persatuan Sejarah Malaysia.

Reynolds, C. J. (2005). Nation and state in histories of nation building, with special reference to Thailand, dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Nation building in Southeast Asian histories. Hlm. 23. ISEAS.

Roff, W. R. (2018). Nasionalisme Melayu. Terj. Ahmad Boestamam (Edisi keempat). Penerbit Universiti Malaya.

Rustam A. Sani. (2004). Ke mana nasionalisme Melayu?. R. Publishing Service.  

Rustam A. Sani. (2011). Asal-usul sosial golongan kiri Melayu: Satu analisis berkenaan Kesatuan Melayu Muda. Strategic Information & Research Development Centre.

Saliha Hassan. (1997). Dr. Burhanuddin Al Helmi (1911-1969). Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Hj. Nawang (pnyt.). Biografi tokoh pilihan Malaysia (hlm. 19-49). Penerbit UM.

Shamrahayu A. Aziz. (2012). Di antara sejarah dan tuntutan semasa. Pembentangan kertas kerja Seminar Perlembagaan Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 5 Julai.

Shamsul Amri Baharuddin. (1996). Nation-of-Intent in Malaysia. Dlm. Stein Tonnesson & Hans Antlov (pnyt.). Asian forms of the nation (hlm. 323-347. Nordic Institute of Asian Studies.

Shamsul Amri Baharuddin. (2003, Februari 26-28). One state, many nations: which way forward for Malaysia. Kertas kerja International Conference, Rethinking Ethnicity and Nation Building: Malaysia, Sri Lanka and Fiji in Comparative Perspective, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2006, Jun 13-14). Kertas Kerja Ucaptama Seminar Kebangsaan Pengajian Umum. Anjuran Universiti Teknologi Malaysia.

Soda, N. (2020). Conceptualizing the Malay World: Colonialism & Pan-Malay identity in Malaya. Trans Pacific Press.

Sivachandralingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Thock, K. P. (2005). Ketuanan politik Melayu, pandangan kaum Cina. Penerbit UM.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.41

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia