Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023

Nur Ainisyafini Ab Rahim, Junaidi Awang Besar

Abstract


Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam melaksanakan dasar pemerintahan negara. Setelah tiga bulan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan motto pemerintahannya iaitu Membangun Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelbagai reaksi timbul daripada pengenalan slogan tersebut sama ada positif mahupun negatif. Justeru, artikel ini membincangkan pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023. Kajian ini mengadaptasikan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik di lapangan, temu bual dan juga kaedah kualitatif iaitu rujukan maklumat sekunder iaitu artikel jurnal, bahan persidangan/seminar dan buku akademik yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden pernah dengar istilah ‘Malaysia Madani’ namun mereka tidak faham sepenuhnya slogan tersebut. Meskipun istilah tersebut telah lama disebut PMX iaitu pada tahun 1995 yang lalu namun istilah tersebut tidak mendapat liputan meluas media dan orang ramai. Secara keseluruhannya, pengundi ketika PRN 2023 dapat menerima atau bersetuju dengan istilah Malaysia Madani yang mempunyai nilai hidup yang baik. Meskipun mereka bersetuju dengan istilah dan nilai baik tersebut namun soal sokongan kepada pemimpin, kerajaan dan parti politik adalah soal lain. Justeru, demi mendapat sokongan padu daripada rakyat, pemimpin, kerajaan dan parti politik perlu bukan sahaja memperkenalkan, bahkan juga mempraktikkan nilai baik tersebut agar dapat menjadi teladan sekali gus meyakinkan lagi pengundi untuk menyokong mereka dalam sesuatu pilihan raya akan datang.

Kata kunci: Pilihan Raya Negeri; Perdana Menteri; Malaysia Madani; sokongan; pengundi

Abstract: Every leader who leads the country will definitely introduce their respective slogans to be used as a big thinking framework that will be used as a template in implementing the country's government policy. After three months as the 10th Prime Minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim launched his government's slogan, Membangun Malaysia Madani, on 19 January 2023 at the Putrajaya International Convention Center (PICC). Various reactions arose from the introduction of the slogan either positive or negative. Thus, this article discusses the voter's views on the slogan "Malaysia Madani" in the 2023 State Election. This study uses quantitative methods which are questionnaires in the field, interviews and also qualitative methods which are references to secondary data which are journal articles, conference/seminar papers and related scientific books. The results of the study found that the majority of respondents had heard the term 'Malaysia Madani' but they did not fully understand the slogan. Although the term has been called PMX for a long time, that is in 1995, but the term has not been widely covered by the media and the public. Overall, voters during PRN 2023 can accept or agree with the term Madani Malaysia which has good life values. Although they agree with the good terms and values, the issue of support for leaders, governments and political parties is another matter. Therefore, in order to get strong support from the people, leaders, governments and political parties need to not only introduce, but also practice these good values in order to be an example and thus convince the voters to support them in a future election.

Keywords: State Election; Prime Minister; Malaysia Madani; support; voter

References

Abd Rahman, A. (2023). Minda Madani: pemahaman dan pelaksanaan. Thunder Print Sdn. Bhd.

Agenda Massa. (2023b). Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani. Dlm Agenda Massa. Edisi 11.        Enigma Fikir Sdn. Bhd.

Anwar, I. (2022). Membangun Negara Madani: Visi dan kerangka dasar reformasi. IDE Research Centre Sdn. Bhd.

Krishnamoorthy, M. (2023a). Anwar prison to palace PM for all. Krishnamoorthy Muthali.

Krishnamoorthy, M. (2023b). Anwar: Penjara ke istana, PM untuk semua. Firdaus Press Publication.

Maszlee, M. & Hamidah, M. (2023). Siasah Madani. KAWANDANET Sdn. Bhd.

Mohamed Nasser, M. (2023a&b). 100 Warkah, 1,000 impian Anwar PM-10: Coretan rakyat Malaysia (Jilid            1 dan Jilid 2). Nuha Creative Resources.

Mohd Sayuti, O. (2023). Noktah sebuah penantian Anwar PM 10. Tinta Merah.

Mustaffa Kamil, A. (2023). Idealisme politik membangun Malaysia Madani: Visi, cabaran dan pelan      strategik. Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Noor Azam, A. R. (2023). Kepimpinan tunjang pembentukan Malaysia Madani. Dewan Masyarakat. Jilid 60, Bil 3/Mac. 6-11.

Osman, A. (2023). Kerajaan Perpaduan: Cabaran Untuk PM ke-10. Dlm Dewan Masyarakat. Bil. 01, 36-37.

Ronifira, R. (2023). Anwar: Prolog menuju negara bangsa progresif. Jagat Media PLT.

Ronifira, R. (2024). PMX memimpin negara di zaman pascanormal. Jagat Media PLT.

Shah Mohd Akmal, A. H. (2023). 54 Tahun Meniti Perjuangan yang Panjang. Dlm Dewan Masyarakat. Bil. 01, 6-11.



Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.38

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia