Perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1968-2020

Nurfaain Anafi, Arbaiyah Mohd Noor

Abstract


Kajian ini mengetengahkan perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya iaitu TVET (Technical and Vocational Education Training) di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional menggunakan metod pendidikan dan latihan yang cenderung ke arah pekerjaan yang mengutamakan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET dikatakan menjadi pencetus dalam penghasilan modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi sekaligus golongan ini mampu membawa kepada pembangunan ekonomi negara khususnya. MARA telah bertindak menubuhkan pelbagai institusi berunsurkan TVET bagi memenuhi keperluan golongan berkemahiran tinggi. Perbincangan difokuskan kepada sejauhmanakah pendidikan di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) TVET mampu memberi impak yang besar kepada negara. Objektif kajian adalah untuk menjelaskan program yang dilaksanakan, cabaran yang dihadapi oleh pihak MARA memperkasakan TVET dalam kalangan Bumiputera serta langkah yang diambil dalam menangani cabaran tersebut. Pendekatan kaedah penyelidikan yang dilaksanakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif di mana kajian ini khususnya melibatkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer, diakses di Arkib Negara dan Arkib MARA. Oleh yang demikian, bagi menampung kelompangan sumber primer daripada Arkib MARA, kajian lapangan berbentuk temubual bersemuka dilakukan. Kajian ini dapat mengenal pasti program yang dilaksanakan, isu dan cabaran dalam memperkasakan TVET di negara kita. Maka, golongan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang dapat dihasilkan sekaligus dapat memenuhi keperluan pasaran sepenuhnya. Sumber tenaga mahir dalam pelbagai bidang mampu mengangkat negara kita seiring bersama negara-negara moden yang lain sekaligus meletakkan negara menuju ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Kata kunci: TVET; IPMa; kemahiran tinggi; sumber tenaga mahir; berpendapatan tinggi

Abstract: This study highlights the development of Technical and Vocational Education and Training or TVET (Technical and Vocational Education Training) under the management of Majlis Amanah Rakyat (MARA). Technical and Vocational Education and Training uses education and training methods that tend towards jobs that prioritize industry practices in various related fields. TVET is said to be the trigger in the production of competitive and highly skilled human capital at the same time that this group can lead to the development of the country's economy in particular. MARA has acted to establish various institutions with elements of TVET to meet the needs of the highly skilled. The discussion focused on the extent to which education under the MARA Education Institution (IPMa) TVET can have a great impact on the country. The objective of the study is to explain the programs implemented; the challenges faced by MARA in empowering TVET among Bumiputeras as well as the steps taken to deal with those challenges. The research method approach implemented is qualitative and quantitative where this study specifically involves primary and secondary sources. Primary sources are accessed at the National Archives and MARA Archives. Thus, in order to cover the lack of primary sources from the MARA Archive, a field study in the form of face-to-face interviews was conducted. This study can identify programs implemented, issues and challenges in empowering TVET in our country. Therefore, highly skilled people in various fields can be produced while being able to fully meet the needs of the market. Skilled energy resources in various fields are able to lift our country along with other modern countries and at the same time put the country towards becoming a high-income country.

Keywords: TVET; IPMa; highly skilled; skilled energy resources; high-income

References

Ahmad, M. J., Jalani, N. H., & Hasmori, A. A. (2015, September). TEVT di Malaysia: Cabaran dan harapan. In Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Awam (Vol. 115).

Aziz, S. N. B. A., & binti Zulkifli, N. (2020). Pull and push factors of students' enrolment in the tvet  programme at community college in Malaysia. Journal of Technical Education and Training, 12(1), 68-75.   http://dx.doi.org/10.30880/jtet.2020.12.01.007

Audu, R., Yusri, B. K., & Farhad, B. (2013). Technical vocational education: As a veritable tool for eradicating youth unemployment. Journal of Humanities and Social Science, 8(2), 10-17.       

Hassan, R., Foong, L. M., & Ismail, A. A. (2019). TVET in Malaysia: Vocational Education and Training in ASEAN Member States. Current Status and Future Development. https://doi.org/10.1007/978-981-13-6617-8_5

Laporan 1 : Majlis Amanah Rakyat. (1967). Laporan Tahunan MARA.

Laporan 2 : Arkib Negara Malaysia. (1999). Majlis Pengkisahan Sejarah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Laporan 3 : Majlis Amanah Rakyat. (2011). Pelaksanaan Pelan Transformasi Strategik MARA 2011-2020.

Laporan 4 : Majlis Amanah Rakyat. (2014). Laporan Tahunan MARA.

Laporan 5 : Majlis Amanah Rakyat. (2015). Data Korporat.

Laporan 6 : Majlis Amanah Rakyat. (2020). Data Korporat.

Laporan 7  : Majlis Amanah Rakyat. (2021). Data Korporat.

Majlis Amanah Rakyat (1968). MARA Sa-Chara Rengkas. Perchetakan am Penchetak Penerbit 99 & 101, Kuala Lumpur.

Norsyuhaili Haji Shaharuddin, Samsol Kamal & Mohd Salleh. (2016) Pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di institusi pendidikan mara (IPMA) : Memperluas tvet bagi melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Majlis Amanah Rakyat.

Omar, M. K., Ismail, K., Abdullah, A., Kadir, S. A., & Jusoh, R. (2021). Embedding entrepreneurial knowledge  in vocational college curriculum: A case study of the competency of tvet instructors. Pertanika Journal of Social  Sciences & Humanities, 2(1), 102-117. http://dx.doi.org/10.47836/pjssh.29.s1.06

Omar, M. N., & Baba, S. (2016). Kepimpinan instruksional dalam perlaksanaan pendidikan berasaskan pengeluaran di kolej kemahiran tinggi mara dan institut Kemahiran mara. Educational Leader (PEMIMPIN PENDIDIKAN), 4, 39-49.     

Rasul, M. S., Ashari, Z. H., Azman, N., & Rauf, R. A. (2015). Transforming TVET in Malaysia: Harmonizing the governance structure in a multiple stakeholder setting. The Online Journal for Technical and Vocational Education and Training in Asia, 4(2), 1-12.

Sani, F. M., Sumintono, B., & Abdullah, Z. (2023). The implementation of professional learning community: A study in tvet mara college in Malaysia. International Online Journal of Educational Leadership, 7(1), 19, 33.

Suradi, S., Yasin, R. M., & Rasul, M. S. (2017). Increasing technopreneurs for a developing a nation: The majlis amanah rakyat (MARA) experience. Journal of Technical Education and Training, 9(1), 73-86.

Tinggi, K. P. (2020). Pemerkasaan TVET di Malaysia: Satu Tinjauan. Unit Dasar, Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.

Zarina Begam Abdul Kadir. (2006). Perkembangan Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah  Rakyat 1966-2006. [Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya].


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.30

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia