Penyayang dan Berwawasan Ciri Kepimpinan Pemerintahan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari

Rosnani Ibrahim, Muammar Ghaddafi Hanafiah, Shaiful Bahri Md.Radzi

Abstract


Pada era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan berhubung sultan dalam zamannya. Setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa bersama-sama corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre, golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan. Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah pengkaryaan. Corak kepengarangan sedemikian mula melemah apabila berkembangnya sastera moden. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) rakaman terakhir sejarah golongan Diraja. Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai subjek penulisan. Kaedah kaji banding diapliksi dalam usaha untuk meneliti kepengarangan kedua-dua penulis dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan terdapat persamaan kepengarangan dengan memaparkan ciri kepimpinan pemerintahan yang penyayang dan berwawasan dimiliki oleh sultan bagi negeri masing-masing. Hasil kajian ini membuktikan bahawa syair diraja masih kekal relevan dalam mengangkat dan mengagungkan seseorang raja walaupun dalam era moden. Kedudukan pengarang moden yang berada di luar lingkungan istana tidak menghalang mereka menghasilkan syair diraja ini.

Kata kunci: penyayang, berwawasan, relevan, syair DiRaja, kontemporari                                 

Abstract: In the 16th century to the end of the 19th century, poetry was one of the creative tools of palace writers. The pattern of authorship in this era was praise and narration about the sultan. After the Western brought together a pattern of authorship of various forms and genres, the king was no longer an idea of writing. Syair was no longer an optional medium of creation. Such a pattern of authorship began to weaken as modern literature developed. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) was the last recorded history of the Royal family. However, in the contemporary era, two such works appeared, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) by Mohd Ibrahim bin Said and Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) by Maskiah binti Masrom. Both Royal poetry texts were used as study samples. The result found both writers make the king the subject of writing. The comparative study method was applied to examine the writers’ authorship in recording contemporary Royal history. Intrinsic research on the study sample was also used. The study found a similarity in authorship by displaying the characteristics of compassionate and visionary government leadership possessed by the sultans for their respective states. This study proved that royal syair still remain relevant in elevating and glorifying a king even in the modern era. The modern authors’ position outside the court does not prevent them from producing these royal poems.

Keywords: caring, insightful, relevant, Royal syair / poetry, contemporary

References

Ali, S. H. (2014). Raja-raja Melayu kemuduran atau kemajuan? Strategic Information and Research Development Centre.

Fadhil, S. (1994). Kepimpinan Islam dalam menghadapi abad ke-21. Dalam N.M Nik Hassan, Pembangunan ummah ke arah wawasan 2020. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Harun, J. (2015). Syair Tawarikh Zainal Abidin yang Ketiga sebuah karya Agung Terengganu. Jurnal Iman. 3(2), 3-15. http://dx.doi.org/10.17576/IMAN.2015.0302.01.

Harun, J. (2015). Zainal Ibidin III biografi Sultan yang adil dan alim. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim, M. Y. (1991). Terengganu Darul Iman tradisi pensejarahan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim, M. S. (1994). 5 Tahun Kenangan Sultan Azlan Shah. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

Ibrahim, M. (2012). Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Ibs Buku Sdn. Bhd.

Kaeh, A.R . (1981). Latar belakang sastera tradisional Melayu. Dalam Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masrom, M. (2018). Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Jabatan DiRaja Johor, Istana Besar.

Mohamed, N. (2001). Syair Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar di Negeri Johor. Yayasan Warisan Johor.

Mohd Said, I. (2009). Syair Sultan Azlan Shah, Putera Berjiwa Rakyat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli, A.R. (2011). Sejarah adat istiadat Diraja Johor. Penerbit UTM Press.

Ramli, A. R. (2013). Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012. Penerbit UTM Press.

Shamsudin, M. (2006). Sebutir Permata di atas Takhta Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Arkib Negara Malaysia.

Zaini, M. A. (2004). Kumpulan Titah Ucapan Sultan Azlan Shah. Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

 


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.22

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia