ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH

Kadir Arifin, Rahah Ismail

Abstract


Proses pengurusan projek yang dilaksanakan dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan pencapaian objektif pembangunan negara. Walaupun telah memasuki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), namun masih berlaku shortfall atau ketidakcekapan prestasi kewangan dan fizikal projek awam disebabkan pelbagai faktor, antaranya kelemahan di peringkat perancangan projek. Kajian ini ingin mengenal pasti isu paling dominan di antara 4 isu perancangan projek iaitu isu tapak/tanah, isu brif projek, isu siling/peruntukan dan isu kelemahan di peringkat perancangan projek bagi projek fizikal pembinaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen utama mendapatkan data. Sebanyak 273 responden terlibat iaitu pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) yang terlibat dengan proses perancangan projek di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat isu perancangan projek berada pada tahap kerap berlaku iaitu 3.39 min (67.75%) yang menjelaskan ianya kerap berlaku di peringkat perancangan projek. Isu brif projek merupakan aspek paling dominan iaitu 3.58 (71.60%) berbanding dengan aspek lain. Oleh itu, Kementerian/Agensi perlu memberi penekanan kepada kepentingan menyediakan brif projek yang lengkap bagi memastikan tidak berlaku perubahan di dalam keperluan pelanggan selepas projek telah bermula atau sedang dalam pelaksanaan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia