APLIKASI STRATEGI TERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM UNGKAPAN IDIOMATIK ANGGOTA BADAN

Muhammad Arsyad Abdul Majid, Abdul Azim Mohd Isa, Muhammad Zaidi Zakaria, Ahmad Jalaluddin Al-Islami Moh Shin

Abstract


Kajian ini membincangkan aplikasi strategi terjemahan ungkapan idiomatik Arab ke bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam ungkapan idiomatik antara bahasa Arab dan bahasa Melayu berdasarkan penggunaan simbol anggota badan dan menganalisis strategi terjemahan yang boleh diaplikasi oleh penterjemah untuk menterjemah ungkapan idiomatik tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kontrastif untuk untuk membandingkan ungkapan idiomatik antara bahasa Arab dan bahasa Melayu berdasarkan penggunaan simbol anggota badan. Perbandingan ini dilakukan berdasarkan tiga ciri utama iaitu simbol, sifat dan makna. Hasil perbandingan itu membentuk lima kriteria berikut: Pertama, simbol, sifat dan makna yang sama; kedua, simbol dan makna yang sama, tetapi sifat yang berbeza; ketiga, sifat dan makna yang sama, tetapi simbol berbeza; keempat, simbol dan sifat yang sama, tetapi berbeza makna dan kelima, makna yang sama tetapi simbol dan sifat yang berbeza. Di samping itu, artikel ini juga cuba mengaplikasi strategi terjemahan metafora yang diperkenalkan oleh Larson (1984). Terdapat lima strategi terjemahan metafora yang boleh diaplikasikan dalam terjemahan ungkapan idiomatik, iaitu: Pertama, mengekalkan metafora bahasa sumber; kedua, menterjemah metafora bahasa sumber menggunakan perumpamaan; ketiga, Menggantikan bentuk metafora bahasa sumber dengan bentuk kiasan bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama; keempat, mengekalkan metafora seperti bentuk asalnya dalam bahasa sumber bersama penjelasan makna dan kelima, menterjemah metafora tanpa mengekalkan imej atau unsur-unsur kiasan bahasa sumber. Kajian ini memberi pendedahan kepada penterjemahan berkenaan strategi yang sesuai untuk diaplikasi dalam terjemahan ungkapan idiomatik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia