MOTIVASI PENGULANGAN KESALAHAN DADAH DAN KETIDAKINGINAN BERUBAH GELANDANGAN BEKAS BANDUAN DI JALAN CHOW KIT

Mohd Alif Jasni, Nazirah Hassan, Fauziah Ibrahim, Mohammad Rahim Kamaluddin, Norruzeyati Che Mohd Nasir

Abstract


Pengulangan kesalahan dadah didapati terus berlaku dalam kalangan gelandangan bekas banduan sepanjang hidup di jalanan. Walaupun telah mengikuti program pemulihan di dalam penjara namun mereka ini masih akan terjebak semula ke dalam kesalahan dadah. Keadaan ini membuatkan kajian ini cuba mengenal pasti motivasi yang menyebabkan gelandangan bekas banduan ini secara berterusan masih memilih untuk mengulangi aktiviti dadah sepanjang berintegrasi semula. Pengulangan tingkah laku berkaitan dadah menimbulkan isu tentang ketindakinginan berubah dalam diri gelandangan bekas banduan. Dengan itu, kajian cuba menyelami perasaan ketidakinginan untuk berubah gelandangan bekas banduan sehingga menyebabkan mereka masih memilih berterusan terlibat dalam aktiviti dadah. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif dengan menemubual sembilan orang informan gelandangan bekas banduan. Hasil dapatan kajian telah mendapati antara motivasi pengulangan kesalahan dadah dalam kalangan gelandangan bekas banduan adalah disebabkan oleh ianya i. sebagai suatu bentuk kehendak bebas (atau pilihan sendiri), ii. keupayaan mencapai keseronokan dan kepuasan dan iii. sebagai strategi penghindaran kepada perasaan (kekecewaan, malu, sedih dan marah) Manakala bagi perasaan ketidakinginan berubah pula membawa kepada penemuan empat sub-tema iaitu i. ketiadaan keupayaan untuk mereka keluar daripada kehidupan hidup di jalanan, ii. Perasaan di dalam keadaan zon selesa, iii. kekecewaan dan putus asa dalam diri dan iv. mengalami masalah kurang pertimbangan. Kesemua dapatan yang diperolehi ini memberi gambaran tentang pemilihan gelandangan bekas banduan ini secara berulang ke dalam kesalahan dadah. Maka dengan itu, keperluan dalam mencari solusi dalam mengubah ‘mindset’ serta tingkah laku golongan ini agar mampu mengeluarkan diri daripada aktiviti dadah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia