SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL: SATU PENDEKATAN MINIMALIS

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Muhammad Syafreza Azwan Pisol

Abstract


Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard dalam bahasa. Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal. Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan slanga yang digunakan dalam media sosial yang bertujuan untuk interaksi sosial. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ayat selapis slanga dalam whatsapp dan instagram menggunakan kerangka minimalis dan menjelaskan pembentukan jenis ayat yang dianggap sebagai tidak formal. Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji hanya menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ ayat yang dikaji dengan mengumpul dan menjalankan analisis kandungan ke atas 25 ayat slanga daripada media sosial iaitu Instagram dan Whatsapp sebagai instrumen pemerhatian. Hasil kajian yang telah diperoleh daripada penggunaan bahasa slanga dalam media sosial seperti Whatsapp dan Instagram didapati mempunyai hubungan dengan kata ganti nama diri, kata kerja dan pengaruh bahasa asing. Slanga ini terdiri daripada empat bentuk perkataan slanga iaitu kata slang a yang merujuk kepada kata ganti nama (KGN) diri, kata slanga merujuk ekspresi, kata slanga merujuk kata kerja (KK) dan juga kata slanga yang dipengaruhi oleh bahasa asing. Kajian ini berjaya menunjukkan bahawa penggunaan slanga yang sedang berleluasa akibat media sosial mempunyai impak yang negatif terhadap bahasa Melayu jika tidak dibendung dengan sempurna.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia