INFORMASI COVID-19 SEBAGAI BARANG AWAM: ANALISIS NVIVO

Fitrah Mohamed, Norain Mod Asri

Abstract


Maklumat Covid-19 yang disalurkan melalui pelbagai media bukan sahaja merupakan satu keperluan bagi masyarakat untuk sentiasa melindungi diri, tetapi juga ia menjadi penentu kepada pergerakan individu atau aktiviti yang ingin dilakukan setiap hari. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana maklumat Covid-19 yang disalurkan oleh agensi kerajaan mampu bertindak sebagai barang awam untuk digunakan oleh semua masyarakat tanpa persaingan dan tanpa pengecualian. Menerusi analisis Nvivo terhadap temubual dengan penduduk di Lembah Klang, dua dapatan utama diperolehi. Pertama, dapatan temubual menunjukkan media sosial dan televisyen lebih kerap digunakan informan untuk mendapatkan maklumat Covid-19 daripada agensi kerajaan berkaitan. Kedua, maklumat harian Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan berkaitan berjaya menggalakkan masyarakat untuk mematuhi SOP serta cenderung membuat pembelian dan pembayaran secara dalam talian.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia