IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TERHADAP KESIHATAN MENTAL WANITA: SATU TINJAUAN AWAL DI KALANGAN WANITA DI SELANGOR

Farah Fazlinda Mohamad

Abstract


Masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua yang menyerang rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Masalah kesihatan mental ini menjadi semakin serius sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Hal yang demikian telah memberikan impak yang sangat besar terhadap kelangsungan hidup semua peringkat masyarakat terutamanya golongan wanita. Golongan wanita adalah golongan yang amat terkesan dengan pelaksanaan PKP kerana mereka perlu memegang dan memainkan pelbagai peranan ketika di rumah seperti ibu, isteri, pekerja, suri rumah dan guru. Hal ini telah menjadikan kehidupan mereka lebih mencabar dan ini telah memberikan kesan kepada kesihatan mental mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak PKP semasa pandemik COVID-19 terhadap kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi iaitu kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). Kaedah kaji selidik secara atas talian dijalankan bersama 100 orang responden wanita. Instrumentasi kajian ini telah diadaptasikan daripada Patient Health Questionnaire (PHQ-4). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa PKP memberikan impak kepada kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, faktor sosioekonomi juga mempengaruhi kesihatan mental wanita. Kajian ini memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa kesihatan mental wanita adalah isu yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, masalah kesihatan mental wanita perlulah menjadi agenda utama dalam pembangunan kesihatan mental wanita dan dalam memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Intervensi yang bersesuaian juga perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan pemegang taruh seperti menyediakan akses dan peluang interaksi sosial untuk membantu wanita mengekalkan kesihatan mental dan kualiti hidup.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia