MAKNA DAN CABARAN PEKERJAAN SAMBILAN HARIAN KETIKA TEMPOH PANDEMIK: KAJIAN KES TERHADAP PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI KUALA LUMPUR

Mohd. Sharial Bungsu, Farah Adibah Ibrahim, Junaidah Yusof

Abstract


Malaysia turut menerima implikasi ekonomi berikutan serangan pandemik Covid-19. Ramai golongan pekerja kehilangan pekerjaan berikutan ketidakupayaan majikan untuk menampung kos operasi syarikat apabila Perintah Kawalan Pekerjaan (PKP) fasa satu dilaksanakan. Hal ini kerana pihak kerajaan hanya membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih sahaja beroperasi ketika tempoh PKP fasa satu berlangsung. Apabila keadaan berasur pulih, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan. Pada tempoh PKPB dan PKPP ini terdapat majikan menawarkan pekerjaan bagi memulakan semula operasi mereka termasuk bagi jawatan pekerja sambilan harian. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian bagi pekerja-pekerja sambilan harian ketika tempoh pendemik covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang informan telah menjadi sampel kajian dan ditemubual secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa tanggungjawab untuk menyara keluarga muncul sebagai faktor utama mengapa para pekerja sambilan harian ini sanggup menerima tawaran pekerjaan sambilan harian sungguhpun tidak selari dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja mereka. Sementara itu, risiko jangkitan covid-19 dan ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa merupakan cabaran yang paling banyak dinyatakan oleh para informan. Kesimpulannya, ketika tempoh pandemik, mendapatkan suatu pekerjaan dilihat sangat penting untuk kelangsungan hidup seseorang pekerja dan keluarga mereka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia