IMPLIKASI KETAGIHAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KESIHATAN MENTAL REMAJA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Abdul Rashid Abdul Aziz, Mohd Faizal Kasmani, Nor Hamizah Ab Razak

Abstract


Wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah mengubah cara hidup kebanyakan individu. Situasi terkini juga menunjukkan peningkatan trend masalah kesihatan mental yang membawa kepada tindakan bunuh diri. Rentetan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 juga, jumlah pelayar media sosial melalui rangkaian internet dilihat semakin meningkat dan majoriti daripada mereka adalah dalam kalangan remaja. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat implikasi media sosial terhadap aspek kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan literatur sistematik. Sebanyak 62 artikel daripada 170 artikel dalam pengkalan data Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct dari tempoh 2015-2021 telah terpilih. Artikel pilihan kemudian dianalisis dan dikategorikan mengikut skop kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih, mengenai isu ketagihan media sosial dan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai implikasi dari penggunaan media sosial terhadap remaja. Antaranya adalah tingkah laku langsang, buli siber, pornografi, berita palsu dan hasutan serta penipuan dalam talian. Selain itu juga, penggunaan media sosial turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, panik, takut, stress dan kebimbangan. Oleh itu, kajian ini dilihat amatlah signifikan terutamanya kepada ibu bapa dan juga badan-badan terlibat serta masyarakat dalam mengatur strategi-strategi terpilih bagi berhadapan dengan implikasi negatif ketagihan media. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan gaya keibubapaan yang sesuai, manakala badan-badan terbabit seperti para pendidik, kaunselor dan masyarakat perlu memperkembangan pengetahuan moral remaja secara berterusan selain daripada memperkasakan peranan masing-masing.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia