LUKUT DALAM SEMPADAN DUA NEGERI, 1862-1880

Nurul Huda Mohd Akib, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus

Abstract


Artikel ini membincangkan mengenai bagaimana Lukut yang dahulunya adalah wilayah dalam negeri Selangor telah disempadankan ke Negeri Sembilan secara rasminya pada 1880. Perubahan ini berlaku setelah British mula campur tangan lantaran menjayakan perubahan sempadan tersebut. Berikutan perkembangan tersebut, fokus kajian ini akan melihat bagaimana proses perubahan sempadan ini berlaku dan apakah faktor yang menyebabkan British bertindak sedemikian. Penulisan ini menggunakan pendekatan sejarah. Untuk kesesuaian kajian, kaedah yang diguna pakai adalah kaedah analisis kualitatif. Sumbersumber yang akan digunakan merangkumi sumber-sumber primer seperti Fail Pejabat Tanah Jajahan Britain (C.O. 273) dan sumber sekunder. Berdasarkan sumber – sumber tersebut kajian mendapati perubahan sempadan bermula dengan tuntutan wilayah termasuk Lukut yang diutarakan oleh Dato’ Kelana Sending Sungei Ujong pada 1862. Sultan Abdul Samad bertindak menyerahkan Lukut kepada Sungei Ujong secara bertulis, namun tidak mendapat persetujuan daripada beberapa pihak termasuk Raja Jumaat. Keadaan ini berterusan hingga membawa kepada campur tangan British seterusnya memutuskan Lukut dimasukkan ke sempadan Sungei Ujong secara rasmi pada 1880. British menyempadankan Lukut di bawah kekuasaan Sungei Ujong supaya Lukut berada dalam kawalan dan pantauan British kerana sebelumnya Lukut sebuah wilayah merdeka. Selain itu, tindakan British juga bertujuan bagi memudahkan proses persempadanan seterusnya memudahkan pentadbiran di kedua-dua buah negeri kerana kedudukan Lukut berdekatan dengan Sungei Ujong.

Full Text:

PDF PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia