DIMENSI, FAKTOR DAN STRATEGI KEBERGANTUNGAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN BELIA FELDA

Nik Hasrul Mohd Zainudin, Muhammad Idris Bullare @ Bahari

Abstract


Corak kepimpinan pemimpin persatuan belia dilihat masih di takuk lama. Sebilangan besar pemimpin belia masih bergantung terhadap bantuan pihak atasan dalam menjayakan programprogram belia. Hal ini memberi gambaran terhadap kegagalan pemimpin belia untuk berdikari. Tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan oleh pihak Felda bagaikan belum berkesan dalam membentuk pemimpin belia yang mampu berdikari. Fenomena kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia ini amat membimbangkan kerana boleh merencatkan kemajuan Felda. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen berkaitan sebagai kaedah pengumpulan data. Seorang informan kajian telah dipilih dalam kajian ini yang merupakan seorang pemimpin belia di Wilayah Johor yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda. Kajian ini mendapati terdapat dua tema berkaitan dimensi kebergantungan iaitu kebergantungan sumber kewangan dan kebergantungan jaringan peluang pekerjaan. Manakala kajian ini mendapati terdapat dua faktor penyebab berlakunya kebergantungan pemimpin belia Felda iaitu budaya dan pendekatan sistemik. Sementara itu, terdapat dua strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada Felda iaitu membina hubungan dengan pihak luar dan menjalankan program ekonomi. Hasil kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada pihak Felda dalam mencari pendekatan terbaik membangunkan generasi pemimpin belia yang mampu berdikari dalam mentadbir persatuan belia mereka. Hal ini amat penting demi memastikan Felda khasnya dan negara amnya tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia