PROSES ANTUN SEKSUAL KANAK-KANAK DALAM KES INSES

Salina Nen, Noorfazrina Mohd Hazari

Abstract


Penderaan seksual kanak-kanak jarang berlaku secara spontan sebaliknya merupakan tindakan bermotifkan seksual dan dirancang secara sistematik. Proses ini dinamakan sebagai antun seksual (sexual grooming). Objektif kajian ini ialah meneroka proses antun seksual bersemuka yang melibatkan kanak-kanak mangsa inses. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif, iaitu kajian kes untuk meneroka proses antun seksual. Kaedah temubual separa berstruktur digunakan sebagai kaedah mendapatkan maklumat. Seramai tiga (3) orang peserta kajian berusia di bawah 18 tahun terlibat dalam kajian ini. Analisis tematik digunakan untuk membina tema-tema hasil daripada temubual yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa proses antun seksual dalam kes inses melibatkan beberapa proses utama. Ia melibatkan proses seperti (1) mendapatkan akses; (2) membina kepercayaan; (3) disensitisasi dan (4) kawalan kerahsiaan. Kesemua mangsa melalui proses antun seksual lebih dari setahun. Kajian ini memberi implikasi tentang pentingnya program pencegahan dan perlindungan berterusan dalam masyarakat untuk melindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa jenayah seksual. Antara cadangan yang perlu diberi perhatian ialah program psikopendidikan bagi masyarakat dan profesion tolong bantu, pendidikan keselamatan seksual untuk kanak-kanak diperingkat usia muda dan pemulihan pelaku jenayah seksual bagi mengurangkan risiko relaps dan jenayah berulang. Cadangan bagi fokus kajian akan datang turut dibincangkan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia