PENDERITAAN MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG DI MALAYSIA

Nurul Nabila Mohd. Izani, Norsharilla Hamdan, Arena Che Kasim, Jamiah Manap

Abstract


Jenayah pemerdagangan orang melanggar hak asasi dan mencabul kehormatan manusia. Ia adalah perhambaan zaman moden yang mencalarkan imej, etika, kredibiliti serta hubungan antarabangsa. Penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang sewajarnya dipaparkan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang di Malaysia. Pendekatan kualitatif kajian kes berganda digunakan untuk memahami situasi ini. Sejumlah 18 orang mangsa pemerdagangan orang di sebuah pusat perlindungan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan persampelan bebola salji telah ditemu ramah secara berkumpulan (kumpulan berfokus). Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Kajian mendapati, mangsa pemerdagangan mengalami penderitaan fizikal, mental dan spiritual terutamanya dalam tempoh pemerdagangan. Sehubungan itu, pelan tindakan khas perlu dilaksanakan untuk mencegah, meningkatkan kesedaran masyarakat dan membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Kajian ini memberi implikasi kepada pertubuhan dan agensi kebajikan, penguatkuasaan, jenayah, pemulihan dan kerohanian untuk bersinergi bagi membantu mangsa pemerdagangan orang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia