MENEROKA BEBAN KEWANGAN PENJAGAAN TIDAK FORMAL PESAKIT HILANG UPAYA

Nur Saadah Mohamad Aun, Aizan Sofia Amin, Noor Nabilah Mansor

Abstract


Penjagaan pesakit hilang upaya selepas kemalangan memerlukan tempoh penjagaan yang lama memandangkan penjaga tidak mengetahui bila pesakit akan sembuh dan kebiasaannya penjagaan dilakukan secara tidak formal iaitu di rumah. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada beban kewangan dan kesan beban kewangan dalam penjagaan tidak formal. Temu bual secara mendalam dilakukan kepada sepuluh orang responden yang merupakan penjaga utama kepada pesakit hilang upaya dan tinggal di Kuala Terengganu. Data dianalisis secara manual bagi memperinci dengan lebih jelas tentang kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa tiga beban kewangan utama yang dialami oleh penjaga tidak formal iaitu kos perbelanjaan penjagaan, kos utiliti dan perubatan pesakit serta sumber kewangan yang terhad. Kesan beban kewangan dalam kajian ini iaitu perubahan dari segi kesihatan fizikal dan psikologikal penjaga, kemerosotan hubungan kekeluargaan dan masa penjaga yang terhad. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada penjaga tidak formal, pekerja sosial, institusi dan jabatan yang terlibat, pengkaji-pengkaji dan sebagainya dalam meningkatkan kefungsiaan sosial penjaga tidak formal di Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia