PEMBANGUNAN BANDAR WARISAN LESTARI: SOROTAN EMPIRIKAL MENGUNAKAN KAEDAH SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK (SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW (SLR))

Mohamad Khairul Anuar Ghazali, Yazid Salleh, Hanifah Mahad

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti tren dan ruang kosong dalam kajian pembangunan bandar warisan lestari dengan menggunakan kaedah SLR. Data yang diperolehi melalui pelbagai kaedah pencarian seperti (1) pencarian yang menyeluruh daripada pengkalan data jurnal utama yang terkemuka iaitu Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct dan pengkalan data jurnal sampingan Google Scholar serta My Cite, dan (2) handpicking atau secara manual. Setelah data diperolehi, ia dianalisis melalui proses Systematic Searching Strategies (SSS) digunakan untuk mendapatkan bahan yang tepat dan jitu dengan bidang yang dikaji. Bahan yang diperolehi disaring dengan tiga (3) langkah SSS iaitu (1) identifikasi, (2) saringan dan (3) pengesahan kelayakan. Hasil daripada itu sejumlah 42 bahan berjaya ditemui dan diringkaskan bagi tujuan sorotan. Analisis dilakukan dengan berfokuskan kepada (1) tren penerbitan, (2) tahun diterbitkan, (3) negara tempat kajian dilakukan dan (4) jenis kawasan kajian yang digunakan dalam jangka masa lima (5) tahun kebelakangan ini. Hasil sorotan empirikal menggunakan kaedah ini membolehkan penyelidik meneroka ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji lepas berkaitan dengan pembangunan bandar warisan lestari secara menyeluruh dan sistematik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia