IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP EKONOMI PEKEBUN MIKRO HARUMANIS DI PAYA KELUBI, PERLIS

Ahmad Sukry Musa, Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid

Abstract


Di Malaysia, sektor pertanian terkesan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan. Sepanjang PKP berlangsung, larangan rentas negeri dan daerah yang dikenakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pekebun mikro mangga Harumanis di Perlis terutamanya dalam aspek penghantaran dan pemasaran kepada pelanggan. Ini menyebabkan kumpulan pekebun mikro mangga Harumanis mengalami lambakan dan kerugian sekaligus menjejaskan pendapatan mereka. Oleh itu, kajian telah dilakukan ke atas pekebun mikro mangga Harumanis di Kampung Paya Kelubi, Perlis bertujuan untuk meneliti kesan pandemik Covid-19 serta mengenal pasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pekebun mikro dalam menghadapi isu pandemik ini. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dimana instrumen kajian menggunakan soal selidik yang telah diedar secara terus atas talian melalui Google Forms kepada responden. Selain itu, kaedah kualitatif juga digunakan melalui temubual bersemuka dengan pekebun mikro Harumanis. Sampel responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan 123 orang pekebun mikro Harumanis di Kampung Paya Kelubi, Perlis. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0. Hasil dapatan mendapati, 100 peratus responden sememangnya terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. Sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan juga menunjukkan responden tidak bersedia menghadapi pandemik ini kerana memberi impak kepada pemasaran produk Harumanis mereka. Namun demikian, responden mula beralih arah dengan mempergiatkan promosi produk mereka melalui pemasaran digital selaras dengan membudayakan norma baharu perniagaan dalam tempoh pandemik ini. Justeru, kajian ini dapat memberi input kepada pihak kerajaan bagi menyusun strategi dalam membantu pekebun mikro Harumanis mengharungi perniagaan era pasca COVID-19.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia