APLIKASI TEKNOLOGI SPATIAL DALAM MENAMBAHBAIK KEMUDAHAN PENGANGKUTAN BAGI KEGUNAAN PELANCONG SEKITAR PULAU PINANG

Muhammad Hafiz Tajidin, Azimah Abd Rahman

Abstract


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merancakkan sektor pelancongan di Malaysia antaranya melalui kemudahan pengangkutan awam yang disediakan seperti kemudahan bas persiaran atau lebih dikenali sebagai bas hop on hop off yang kini telah mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kemudahan pengangkutan ini merupakan alternatif bagi memperkenalkan destinasi tarikan pelancongan utama secara santai dan menarik. Namun begitu, kemudahan bas ini masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelancong. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis kemudahan bas hop on hop off bagi menambahbaik sistem operasi sedia ada. Pendekatan analisis ruangan (spatial) menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) digunakan untuk tujuan analisis dan pemetaan. Analisis rangkaian (network analysis) digunakan dalam kajian ini bagi menentukan kesesuaian laluan dan peletakan stesen bas hop on hop off sedia ada. Hasil kajian ini menunjukkan kawasan pelancongan yang mudah diakses terutamanya menggunakan kenderaan awam seperti bas mendapat kunjungan tertinggi khususnya dari pelancong luar negara. Peletakan stesen bas hop on hop off yang mudah diakses oleh pelancong memberi manfaat yang besar kepada mereka. Namun begitu, analisis menunjukkan terdapat beberapa stesen bas yang memerlukan peletakan semula kerana kedudukan yang berhampiran antara satu sama lain. Terdapat beberapa stesen perlu diletakkan berhampiran kawasan pelancongan yang sebelum ini tidak termasuk dalam senarai laluan hop on hop off. Pindaan ini diperlukan bagi membolehkan kesemua kawasan pelancongan yang berpotensi dan menarik dapat dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara seterusnya memacu perkembangan pelancongan di Pulau Pinang khususnya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia