POLITIK BELIA DAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14 DI MALAYSIA

Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori

Abstract


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah salah satu pilihan raya yang telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menewaskan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama 61 tahun. Hal ini buat pertama kalinya, parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan iaitu hasil gabungan parti BERSATU, DAP, PKR dan AMANAH berjaya membentuk kerajaan sejak 13 PRU yang lalu. Justeru, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis tentang politik belia dan Pilihan Raya Umum 2018 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2018. Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 96,684 orang responden belia di seluruh Malaysia, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia semakin berani berubah jika kemahuan dan aspirasi mereka tidak ditunaikan oleh pemimpin. Disebabkan generasi belia ini pemilik masa depan negara, maka merekalah pemegang taruhan yang terbesar pada masa hadapan. Golongan belia merupakan golongan yang paling ramai menjadi pengundi atas pagar dan sekali gus bertindak sebagai penentu kemenangan kepada sesebuah parti politik di Malaysia. Implikasi daripada penulisan artikel ini adalah semua pihak terutamanya pihak berkuasa perlu mendengar dan mengambil kira pandangan dan kemahuan belia kerana belia adalah pelapis negara. Artikel ini juga akan menambahkan maklumat berkaitan belia untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.