KOMUNITI SEBAGAI AGEN KAWALAN SOSIAL TIDAK FORMAL DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

Muhammad Izzudin Amin Isham, Nur Hafizah Yusoff

Abstract


Membasmi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata. Pihak komuniti itu sendiri mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami bersih daripada sebarang masalah sosial. Justeru itu, artikel ini akan memfokuskan kepada tanggungjawab komuniti sebagai salah satu agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial. Kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kawalan sosial tidak formal ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa jenis aktiviti kawalan sosial tidak formal yang terdapat di kawasan ini antaranya ialah program gotong-royong, program kolaborasi, aktiviti keagamaan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), amalan cakna kejiranan aktiviti sukan dan kebudayaan. Dapatan utama menunjukkan program gotong-royong merupakan aktiviti kawalan sosial tidak formal yang menjadi tumpuan komuniti. Aktiviti tersebut mampu membantu pencegahan awal diperingkat remaja kerana melatih diri mereka sentiasa bersama dengan komuniti. Kesimpulannya, pencegahan masalah sosial yang bersifat bottom up iaitu secara langsung daripada pihak komuniti sendiri tidaklah menunjukkan impak yang tinggi tetapi ini merupakan satu inisiatif bagi mencegah masalah daripada peringkat inside (komuniti) dan tidak terlalu bergantung kepada kawalan sosial formal semata-mata. Berkemungkinan jika pihak komuniti diberikan sedikit kuasa oleh pihak bertanggungjawab maka penduduk setempat akan mula memandang komuniti sebagai agen kawalan sosial yang berkuasa. Hal ini kerana, realitinya kedudukan dan kuasa merupakan satu alat yang penting dalam mengawal kelakuan anggota masyarakat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia