ANALISIS HAK WANITA DI DALAM FILEM ‘PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN’ (2009)

Wani Syafiqah Adnan, Indriaty Ismail

Abstract


Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang sangat mulia selepas kedatangan Islam. Persoalan yang sering diajukan kepada masyarakat ialah berkenaan hak dan peranan wanita di dalam sesebuah institusi. Hakikatnya, peranan wanita pada hari ini sudah setaraf dengan peranan lelaki selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Selain itu, isu peranan wanita ini menjadi perbualan yang hangat kerana ia menyentuh kepada penganiayaan yang dilakukan kepada kaum wanita. Filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ membuka mata masyarakat untuk mengenali wanita dengan lebih dekat. Filem ini telah diadaptasi daripada novel ke peringkat filem bagi memaparkan isu-isu yang ditimbulkan khusus bagi wanita muslim. Filem ini juga menonjolkan kekerasan terhadap kaum wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis hak-hak wanita Islam di dalam filem Perempuan Berkalung Sorban. Selain itu, kajian ini akan menghubungkan isu-isu wanita dengan peranan wanita di dalam Islam. Kaedah metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dan analisis filem. Maklumat diperolehi menerusi rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti bukubuku, tesis, kertas kerja, surat khabar, artikel, internet, dan bahan-bahan lain yang sesuai dijadikan rujukan. Hasil kajian ini akan mendapati bahawa pengkaji akan membezakan realiti peranan wanita pada hari ini dengan filem Perempuan Berkalung Sorban.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.