POLA SUSUNAN MAKLUMAT TEKS UCAPAN BELANJAWAN MALAYSIA 2019

Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar

Abstract


Bahasa secara umumnya dilihat sebagai syarat yang perlu ada dalam kehidupan manusia untuk menjayakan aktiviti sosial. Dari perspektif ucapan, bahasa digunakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti melahirkan buah fikiran, berkomunikasi, menyebarkan ideologi dan mempengaruhi khalayak ramai. Ucapan yang berkesan lazimnya mempunyai gabungan maklumat yang teratur melalui pola susunan maklumat yang dikemali sebagai tema dan rema. Penggunaan tema dan rema membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan tidak tergantung. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis pola susunan maklumat dan menjelaskan fungsi penggunaanya dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Data teks ucapan telah dimuat turun oleh pengkaji melalui portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada 25 Mac 2019 – http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf . Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran pergerakan tematik (thematic progression) yang diilhamkan oleh Danes (1974) telah dijadikan pegangan sepanjang proses penyelidikan dilakukan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat empat jenis pola susunan maklumat yang digunakan oleh pewacana iaitu, tematik linear (zig-zag), tematik tema kekal, tematik tema daripada hipertema dan tematik tema daripada perincian pecahan rema. Kolaborasi keempat-empat pola susunan maklumat menunjukkan bahawa pola-pola ini berperanan dalam mewujudkan makna teks ucapan belanjawan 2019 yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa. Hal ini demikian, pola susunan maklumat yang dijalinkan dapat dapat menstruktur satu aliran huraian maklumat yang logik dan sistematik oleh pewacana kepada khalayak.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia