APLIKASI KERANGKA KONSEPTUAL DPSIR USEPA BAGI PENCEMARAN UDARA BANDAR DARIPADA KENDERAAN BERMOTOR: KAJIAN KES KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Siti Haslina Mohd Shafie, Mastura Mahmud

Abstract


Pencemaran udara di Kuala Lumpur berpunca daripada kenderaan bermotor sehingga membahayakan kesihatan manusia dan kemerosotan kualiti udara. Pendekatan secara holistik dan komprehensif perlu diperkenalkan bertujuan bagi memahami dengan mendalam pengaruh, impak dan pengurusan dalam menangani isu tersebut. Kerangka konseptual Driver-Pressure-State-Impact-Response (DPSIR) oleh United State Environmental Protection Agency (USEPA) yang bersifat menyeluruh dan sistematik diaplikasi bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aspek persekitaran fizikal dan manusia dalam mempengaruhi pencemaran udara bandar. Rekod daripada Jabatan Alam Sekitar membuktikan bahawa kenderaan bermotor dikenalpasti sebagai sumber utama bahan pencemar yang dibebaskan daripada peningkatan jumlah kenderaan bernotor yang berdaftar di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mencatatkan jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar iaitu 4,963,646 unit pada 2011 dan pernah mengalami kualiti udara tidak sihat terutama zarah terampai (PM10) yang mencatatkan purata 24 jam yang melebihi Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia (RMAQG) iaitu sebanyak 150 µg/m3 pada tahun 2014 daripada pelbagai sumber tempatan dan jerebu rentas sempadan. Kemerosotan kualiti udara secara langsung mengakibatkan masalah pernafasan dan penyakit akut yang serius dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur. Aplikasi kerangka konseptual DPSIR sangat penting kepada pihak pembuat dasar dan keputusan dalam usaha pengawalan dan pengurangan impak negatif pencemaran trafik melalui pelaksanaan pelbagai langkah dan implementasi strategi untuk mewujudkan persekitaran mampan pada masa akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia