LUMBA HARAM DAN BUDAYA PERTARUHAN DI BAGAN AJAM, PULAU PINANG

Nur Hafizah Yusoff

Abstract


Lumba haram bukanlah isu yang baru pada masa kini. Walaupun, telah banyak penguatkuasaan dilakukan namun ianya masih belum mampu menghentikan aktiviti tidak bermoral ini. Antara salah satu sebab mengapa lumba haram tetap menjadi kegilaan kepada remaja adalah adanya elemen pertaruhan yang diamalkan di dalam sesuatu perlumbaan. Justeru itu, artikel ini membincangkan mengenai pertaruhan yang terdapat di dalam lumba haram tersebut. Selain itu, bagi memahami mengenai lumba haram itu sendiri, artikel ini juga membincangkan mengenai faktor penglibatan remaja terlebih dahulu. Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap tujuh orang informan telah dijalankan bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Hasl kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, kesibukan ibu bapa dan minat. Manakala, bagi jenis pertaruhan pula, ialah melibatkan wang, motosikal dan pengiktirafan dalam kalangan mereka. Kesimpulannya, penguatkuasaan sedia ada dilihat tidak berjaya untuk mengekang masalah lumba haram di negara ini. Hal ini kerana, para remaja memiliki semangat dan kesungguhan dalam lumba haram sehinggakan mereka tidak serik walau acapkali ditangkap dan dihukum oleh pihak berkuasa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia