KESAN TEKANAN TERHADAP PESAKIT KANSER MENERUSI PANDANGAN ISLAM

Norhafizah Musa, Azahar Yaakub@Ariffin, Wan Ali Wan Jusoh, Mohd Hambali Rashid

Abstract


Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami tekanan yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Secara umumnya stres adalah  tekanan perasaan seseorang sehingga membuatkannya tidak mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Stres kian meningkat saban tahun di kalangan rakyat Malaysia begitu juga pesakit kanser. Kebanyakan orang sukar untuk mengawal dan mengurus stres. Keadaan tersebut lebih sukar apabila berdepan dengan pelbagai masalah lain dan tidak mendapat sokongan emosi. Jika tidak diatasi perkara tersebut, stres boleh bertukar kepada gangguan mental. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam. Dapatan kajian menunjukkan  bahawa kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam adalah kelemahan hati, kelemahan roh, pengaruh nafsu dan kelemahan akal. Oleh itu, tekanan yang dihadapi oleh pesakit kanser payudara perlu dititikberatkan bagi membantu mereka lebih kuat dan sabar dalam menghadapi penyakit yang dihadapinya.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.