HUBUNGAN ANTARA BUDAYA KESELAMATAN DAN PRESTASI KESELAMATAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN: SIKAP KESELAMATAN SEBAGAI FAKTOR PENGANTARA

Zafir Khan Mohamed Makhbul, Maran Kaliannan

Abstract


Prestasi keselamatan merupakan isu penting yang diperkatakan dalam kalangan penyelidik keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta organisasi perkilangan. Apatah lagi dalam era Industri 4.0 yang turut mencetuskan perubahan besar operasi sektor perkilangan ke arah teknologi pengkomputeran dan automasi. Kebanyakan organisasi berusaha mengekalkan prestasi keselamatan melalui strategi mencegah atau meminimumkan kadar kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Justeru, organisasi sentiasa menilai semula sistem pengurusan keselamatan yang terdiri daripada objektif keselamatan, dasar, proses, amalan pengurusan keselamatan dan budaya keselamatan mereka. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji hubungan langsung dan tidak langsung antara budaya keselamatan, sikap keselamatan dan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja sektor perkilangan. Secara khususnya dua dimensi prestasi keselamatan adalah pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan. Di samping itu, kajian ini turut mengutarakan peranan pemboleh ubah pengantara iaitu sikap keselamatan dalam memperihalkan hubungan antara budaya keselamatan dengan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan. Kesemua ini merupakan jurang yang dikenalpasti melalui tinjauan literatur yang berkait dengan budaya keselamatan, sikap keselamatan dan prestasi keselamatan. Kaedah analisis kandungan yang digunapakai oleh penyelidik telah menghasilkan konsep yang dapat menzahirkan hubungan antara budaya keselamatan dan prestasi keselamatan yang terdiri daripada pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan. Dapatan kajian ini dijangka mampu membawa perspektif yang lebih luas tentang peranan budaya keselamatan dalam menghasilkan prestasi keselamatan organisasi secara menyeluruh.   


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia