KETOKOHAN TRANSFORMASIONAL PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR: KAJIAN TOKOH SEMPENA 20 TAHUN KISDAR-KUIS

Rosfazila Abd Rahman, Siti Rashidah Abd Razak, Abdul Razif Zaini, Zetty Nurzuliana Rashed

Abstract


Penelitian deskriptif  adalah salah satu jenis penelitian yang bertujuan untuk menjelaskan gambaran  lengkap mengenai suatu tetapan sosial atau dimaksudkan untuk eksplorasi  dan klarifikasi  mengenai  suatu  fenomena  atau  kenyataan  sosial,  dengan  jalan  mendeskripsikan sejumlah  variabel  yang  berkenaan  dengan  masalah  dan  unit  yang  diteliti  antara fenomena yang diuji. Tujuan kajian  deskriptif  ini adalah   menghasilkan gambaran jelas tentang ketokohan Pendidikan Islam dengan mengkaji tokoh iaitu Profesor Dato’ Haji Mohd Adanan Bin Isman  dalam  bidang Pendidikan  Islam.  Kajian memberikan  gambaran  lengkap dalam bentuk verbal dan numerikal, menyajikan informasi, menciptakan seperangkat kategori  dan  mengklasifikasikan  subjek  penelitian, menjelaskan  seperangkat  tahapan  atau proses,  serta  untuk  menyimpan  informasi  bersifat kontradiktif  mengenai  subjek  penelitian. Prof Dato Haji Mohd  Adanan Bin Isman  adalah  berkepakaran  dalam  bidang Pendidikan Islam. Profil dan sumbangan beliau dalam bidang kajian tidaklah dapat disangkal dan amat menyumbang kepada Pendidikan Islam khususnya dan pembangunan ummah amnya.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.