PENGARUH PERSEKITARAN TERHADAP PSIKOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR DARI PERSPEKTIF KUALITI HIDUP DI UNIVERSITI MALAYA

Khairos Md Saini, Rosmadi Fauzi, Saripah Osman

Abstract


Persekitaran dan psikologi adalah dua skop kajian berbeza namun tidak dapat dipisahkan khususnya dalam mengukur tahap kualiti hidup seseorang. Secara umumnya, interaksi manusia dengan persekitaran mempengaruhi perilaku manusia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat perhubungan di antara persekitaran dan psikologi yang mempengaruhi tahap kualiti hidup pelajar. Kajian ini melibatkan 239 orang penghuni kolej kediaman di Universiti Malaya yang terlibat secara langsung dalam soal selidik. Kaedah analisis regresi diguna pakai untuk mengukur perhubungan diantara tiga bentuk persekitaran yang terdiri daripada fizikal, pengangkutan dan perhubungan, dan sosial dengan psikologi.  Hasilnya mendapati ketiga-tiga jenis persekitaran berkenaan mempunyai perhubungan yang signifikan dengan psikologi di mana ketiga-tiga nilai p adalah ≤ 0.05. Manakala, nilai perhubungan (regresi) yang paling kuat antara ketiga-tiga persekitaran berkenaan adalah persekitaran fizikal yang diwakili dengan 68.04, disusuli dengan persekitaran sosial, 50.289 dan pengangkutan dan perhubungan, 43.525. Secara keseluruhannya, persekitaran mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap psikologi penghuni. Oleh itu, bagi memastikan tahap kualiti hidup pelajar yang tinggal di kolej kediaman Universiti Malaya dalam keadaan yang baik, faktor-faktor persekitaran berkenaan haruslah dititik beratkan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia