HUBUNGAN STRES PEKERJAAN DAN PRODUKTIVITI: TINJAUAN TERHADAP PENTADBIR FAKULTI UNIVERSITI PENYELIDIKAN (The Relationship of Occupational Stress and Productivity: A Survey on Faculty Administrators in a Malaysian Research University)

Zafir Mohd Makhbul, Sheikh Muhamad Hizam Hj. Sheikh Khairudd, Nur Sa’adah Muhamad

Abstract


 

ABSTRAK

Stres di tempat kerja merupakan isu kesihatan yang semakin relevan dalam konteks pentadbiran di universiti penyelidikan (RU). Kecenderungan dan persaingan dalam kalangan warga RU dalam memenuhi kriteria penarafan universiti, termasuklah dalam melipatgandakan penerbitan dan penyelidikan, menjadikan isu stres perlu diberi perhatian serius. Apatah lagi, dalam kalangan kakitangan akademik yang pada masa sama memegang jawatan pentadbiran di universiti, beban kerja tambahan boleh membawa kepada stres yang berlebihan, justeru memberi kesan negatif terhadap kesihatan pekerjaan dan akhirnya menjejaskan produktiviti individu dan organisasi. Atas dasar inilah, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan bukti empirikal terhadap hubungan stres dan produktiviti dalam kalangan pentadbir di universiti penyelidikan. Daripada 218 soal selidik yang diedarkan, seramai 72 responden telah memberikan maklumbalas. Responden terdiri daripada para pentadbir akademik dari beberapa RU di Malaysia, termasuklah mereka yang memegang jawatan Dekan, Timbalan Dekan, Pengerusi, Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Jaminan Kualiti serta Penyelaras Program. Soal selidik kajian ini dibangunkan berdasarkan soal-selidik ASSET, manakala ukuran produktiviti pula menggunakan kriteria penilaian prestasi tahunan RU. Penemuan kajian menunjukkan stres di tempat kerja sememangnya memberi kesan terhadap para pentadbir fakulti. Isu kesihatan pekerjaan merupakan impak tersembunyi yang dibimbangi akan membawa kesan yang buruk sekiranya tidak ditangani dengan baik. 

Kata kunci: stres, kesihatan, kakitangan akademik, produktiviti

ABSTRACT

Stress at the workplace is a relevant health issue within the context of research universities (RU). The propensity and competitions among members of research universities towards publications and university ranking had sparked a renewed concern regarding the issue. In particular, the extra workload of academics who hold various adminisitrative positions could well lead to stress build up, which could adversely affect occupational health and ultimately affect the productivity of the individuals and their organizations. Drawing on this concern, the study aims to provide an empirical evidence on the relationship between stress and productivity among academician administrators. Out of 218 questionnaires distributed, a total of 72 respondents, who made up of academic administrators from several faculties in several RUs in Malaysia, had given their feedback. The respondents include holders of the positions of Dean, Deputy Dean, Chairman, Head of Department, Head of Programme, Head of Quality Assurance and Program Coordinator. The questionnaire developed for this study was adopted from ASSET questionnaires, while productivity was measured based on the annual performance evaluation criteria for RU. The findings evidently show that stress at workplace significantly affects the productivity of administrators. Occupational health issues, if left hidden and unmanaged, could pose as serious threats that could lead to dire consequences.

Keywords: stress, health, academician, productivity

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia