PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

Dori Efendi, Jayum Jawan

Abstract


 

Perbincangan dan debat mengenai konsep pembangunan politik oleh para sarjana telah bermula sejak tahun 1950-an lagi. Antara sarjana terkemuka yang menulis dan membahaskan konsep ini adalah seperti Samuel Huntington, Fred Riggs, Gabriel Almond, G. Bingham Powell, Lucian Pye, Sidney Verba dan ramai lagi.  Setiap sarjana mempunyai tafsiran dan takrifan yang tersendiri tentang pembangunan politik. Oleh sebab itulah, konsep pembangunan politik mempunyai pelbagai tafsiran yang berbeza. Bagi kebanyakan sarjana, pembangunan politik bermaksud suatu proses perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara yang mana perubahan tersebut mesti melibatkan perubahan kepada yang lebih baik. Artikel ini membincangkan kepelbagaian pandangan sarjana tentang pembangunan politik dan merumuskan konsep Huntington adalah lebih sesuai untuk menilai pembangunan politik di negara-negara sedang membangun.

 ____________

 

Discussion and debate among scholars about the concept of political development has started since the 1950's.  Among the leading scholars writing and debating this concept are Samuel Huntington, Fred Riggs, Gabriel Almond, G. Bingham Powell, Lucian Pye, Sidney Verba and many others. Each scholar has his own definition and interpretation of the concept of political development. Thus, the concept has various interpretations. For many scholars, political development means a change process that takes place in a country in which such changes involve a change for the better.  This article discusses the views of various scholars and conclude that Huntington’s concept on political development is more appropriate to assess political development in developing countries.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia