KRISIS KEWANGAN DAN TINDAKAN BALAS PELAJAR: BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN ORDE BARU (Financial Crisis and Students’ Reactions: The End of New Order Regime)

Azhar Ahmad, Jayum Jawan

Abstract


Pada tahun 1997, Indonesia dan negara lain di rantau Asia Tenggara diserang oleh krisis kewangan yang menyebabkan kesusahan rakyat. Akibatnya, pelajar bangkit mengadakan demonstrasi di merata-rata tempat membantah penyelewengan pemerintahan Suharto dan regimnya. Mereka mendesak Suharto meletakkan jawatan bagi memulihkan kembali kegawatan ekonomi Indonesia. Tekanan pelajar bersama dengan kebangkitan rakyat berakhir apabila Suharto meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998. Jatuhnya Suharto menandakan tamatnya kekuasaan Orde Baru yang autoritarian dan sentralistik digantikan dengan kemunculan Orde Reformasi yang demokratik. Artikel ini menilai tindakan regim untuk mengatasi kegawatan ekonomi yang berlaku dan maklum balas pelajar dalam menghadapi hegemoni Suharto sehingga jatuhnya regim Order Baru pada tahun 1998.  Selain itu, artikel ini juga menilai impak krisis kewangan terhadap politik Indonesia.

 

 ______________

 

In 1997, Indonesia and other countries in the Southeast Asian region experienced a serious financial crisis that caused misery to the people. As a result, students hold demonstrations against the Suharto government accusing his regime of abusing power. They urged Suharto to resign from his office in order to overcome Indonesia's economic crisis. Students’ pressure along with the people ended when Suharto resigned from his position on May 21, 1998. The fall of Suharto's New Order signified the end of autocratic and centralistic regime and was replaced with the emergence of a new democratic government. This article assesses the actions taken by Suharto’s regime to overcome the economic crisis and student’s reactions until the fall of Suharto’s New Order in 1998.  In addition, this article also assesses the impact of the financial crisis on Indonesian politics.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.