PENGHAYATAN AGAMA, SIKAP DAN TINGKAHLAKU AGRESIF SEWAKTU MEMANDU (Spirituality, Attitude and Aggressive Driving)

Nor Alya Atifah Mohd.Yunus, Rozmi Ismail

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek penghayatan agama dan sikap dalam mempengaruhi pemanduan agresif pemandu di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan tinjauan soal selidik yang mengukur aspek pemanduan agresif, konteks agama dalam pemanduan dan aspek tingkahlaku pemandu di Malaysia. Seramai 282 responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang terdiri daripada pemandu kereta dan penunggang motosikal dari pelbagai peringkat umur dan agama. Hasil analisis kajian menggunakan ujian korelasi dan khi kuasa dua mendapati bahawa kadar kemalangan dan bilangan saman yang diperoleh tidak berkait dengan pengamalan ajaran agama. Faktor jantina serta umur juga didapati tidak berkorelasi dengan penghayatan agama dan tingkahlaku agresif sewaktu memandu. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini jelas menerangkan bahawa aspek penghayatan agama tidak sama sekali mempengaruhi pemanduan agresif serta sikap individu sewaktu memandu. Impikasi kajian ialah dapat mengesahkan bahawa faktor agama bukan faktor utama kepada pembentukan sikap yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya sebagaimana difahami oleh sesetengah pihak, sebaliknya ia hubungan dengan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat.

_____________________________

This study examined whether religiosity has an impact on drivers’ attitude and aggressive behavior among drivers in Malaysia. This study used survey method to measure aggressive driving, religiosity aspect in driving and attitudes of Malaysian drivers. A total of 282 respondents were volunterred to participate in this study through purposive sampling method which comprises individuals from all age and different religious background. The result showed that the religion aspect did not correlate with the accident rate and the number of summon received. It was also proven that gender and age factor were also unrelated to religiosity aspect in the context of driving. Hence, the findings of this study implied that the religiosity aspect has no relationship with attitude towards safe driving. It is suggested that the culture and people’s way of life migh be the factor that can explain why such bad attitude and behavior whilst driving easily observed in many Asian roads.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia