TEKANAN DALAM KALANGAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN DI RUMAH EHSAN KUALA KUBU BHARU

Yew Pei San, Khadijah Alavi

Abstract


Dewasa ini, peranan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Pembantu Perawatan Kesihatan dalam menangani masalah pengabaian pesakit warga emas dilihat semakin mencabar berikutan pertambahan penduduk yang bergelar warga tua. Dalam kajian ini penyelidik mengkaji sejauh mana tekanan kerja dalam kalangan Pembantu Perawatan Kesihatan di Rumah Ehsan dan cara penyelesaian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penganalisian kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan alat kajian yang diperkenalkan oleh Cooper, Sloan & Williams (1988) iaitu Occupational Stress Indicator (OSI). Hasil penilaian secara keseluruhannya menunjuk faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah struktur dan iklim organisasi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat beberapa cara pengurusan tekanan di tempat kerja. Salah satu cadangan untuk penambahbaikan dalam pengurusan tekanan kerja ialah pihak pengurusan harus merancang dan menganjurkan program dalam menangani tekanan kerja.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia