BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU (BMBI) DI RUANG SIBER: SUATU ANALISIS SOSIOLOGI TEHADAP PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BMBI (Malay as the Language of Knowledge (BMBI) on Cyber Space: A Sociological Analysis towards the Database Development of BMBI)

Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan, Shamsul Amri Baharuddin, Mohd Syariefudin Abdullah

Abstract


Usaha untuk membina dan memperkembangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sentiasa dilakukan oleh pelbagai institusi akademik dan bukan akademik bertujuan untuk mengukuhkan lagi korpus ilmu dalam Bahasa Melayu. Pelbagai inisiatif dilakukan disamping pihak yang terlibat turut memainkan peranan utama dalam memacu usaha murni ini. Salah satu daripada langkah strategik yang dapat memenuhi hasrat ini adalah dengan membangunkan sebuah pangkalan data yang dikenali sebagai Pangkalan Data BMBI. Pangkalan data BMBI dibangunkan di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pangkalan data ini menyimpan sejumlah besar tesis yang ditulis dalam Bahasa Melayu untuk semua displin ilmu di UKM dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencapai dan mengakses tesis-tesis yang telah didigitasi. Bagi menyiasat dengan terperinci pembangunan pangkalan data ini, suatu analisis secara sosiologi dilakukan bertujuan untuk memastikan pembangunan pangkalan data ini dapat memenuhi matlamat yang diidamkan. Dengan menggunakan struktur, proses dan output, kajian ini dapat mengenalpasti isu-isu yang berkait dengan aspek sosiologi melalui analisis yang dilakukan dengan menggunakan lima domain dan fokus tumpuan. Analisis yang dilakukan ini bukan sahaja dapat menghurai aspek-aspek sosiologi yang terlibat malah ia mampu merungkai segala hal yang berkait dengan kajian yang dijalankan. Dalam suatu konteks yang lebih luas, penggunaan tiga faktor dalam sosiologi ini telah memberikan suatu sumbangan yang besar terutamanya dalam usaha membina kefahaman terhadap bidang sosiologi dan teknologi maklumat.

________________________

Efforts to construct and develop Malay Language as a language of knowledge are always conceded by academic and non-academic institutions. Most of the efforts aimed at strengthening the corpus of knowledge in Malay Language. Various initiatives have been taken besides the involvement of other parties also plays a major role in driving this effort. One of the strategic that can achieve this aspiration is through the development of database known as the BMBI Database. The BMBI database is developed at the Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. This database holds a large number of theses written in Malay for all disciplines in UKM and facilitates users to access and retrieve digitized theses. To specifically investigate the development of this database, a sociological analysis is aimed at ensuring that the development of this database accomplished the desired goals. Using the structure, process and output, this study can identify issues related to sociological aspects through analysis conducted using five domains and focus areas. This analysis not only describes the sociological aspects involved but it has a potential to reveal sociological elements related to the research. The use of the three factors in sociology has provided a significant contribution especially in the effort to develop an understanding towards sociology and information technology.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia