DASAR KEPENDUDUKAN KOLONIAL BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT SEBAGAI STRATEGI PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL 1936-1941 (British population policy in straits settlement as a formation plural society strategy, 1936-1941)

Associate Prof. Dr. Khairi Ariffin, Mohd Syariefudin Abdullah, Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof, Dr. Ramli Saadon

Abstract


Kajian ini berusaha untuk mengetengahkan dasar penduduk yang diamalkan oleh pihak kolonial British ketika menguasai Negeri-negeri Selat untuk tempoh 1826 sehingga perang dunia kedua. Kepentingan ekonomi khususnya selepas revolusi industri di Eropah pada abad ke 18 telah menjadikan penduduk sebagai nadi ekonomi yang berasaskan sistem ekonomi kapitalis. Penduduk tempatan khususnya orang Melayu dilihat kurang berpotensi untuk menjadi modal kepada sistem ekonomi kapitalis. Oleh itu, dasar kependudukan yang liberal telah membawa kepada kemajuan ekonomi di negeri-negeri Selat dan juga mengubah  demografi penduduk di Ngeri-negeri Selat. Kajian ini berupaya mengetengahkan bahawa usaha pembentukan masyarakat plural secara terancang telah pun berlaku melalui dasar-dasar politik dan ekonomi kolonial British. Oleh itu penguasaan kolonial British terhadap kawasan lingkungan British-Malaya telah membawa satu khazanah baharu iaitu penerimaan budaya baharu bagi kawasan British-Malaya dan dimulakan di kawasan pentadbiran Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada tahun 1826. Melalui kajian ini, diharapkan bahawa pembentukan masyarakat plural di Tanah Melayu (Malaysia) sebenarnya dapat dikaitkan dengan falsafah ekonomi yang berkembang pesat di Eropah iaitu tenaga mausia adalah modal dalam industri khususnya berasaskan pasaran terbuka (free-market). Oleh itu kepentingan sumber bagi memenuhi kehendak pasaran telah membawa perubahan terhadap geografi penduduk dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu yang tidak mengamalkan falsafah ekonomi yang berasaskan keluaran secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan khususnya bahan mentah. 

_________________________

 

This study seeks to highlight the population policy adopted by the British colonial rule when the Straits Settlements for the period 1826 until the Second World War. Economic interest, especially after the industrial revolution in Europe in the 18th century has made the population as the heart of an economy based on capitalist economic system. Local people, especially the Malays viewed less potential to become the capital of the capitalist economic system. Thus the liberal population policy has led to economic progress in the Straits Settlements and also change thedemographics of the population in the Straits Settlements. Through this research is working to highlight that the business establishment for planning the plural society has already taken place through the basics of politics and economics by British Colonial.Thus British colonial domination of the British-Malaya environment has brought a new treasure of cultural acceptance of the new British-Malaya and commenced in the administrative area of the Straits Settlements established in 1826.Through this study we hope that the establishment of a pluralistic society in Malaya (Malaysia) can actually be attributed to the economic philosophy that flourished in Europe for man is the energy industry, particularly in the capital market-based open (free-market).Hence the importance of resources to meet the needs of the market has brought changes to the geographic population in the community in the Malay Archipelago which does not adopt the philosophy of an economy based on large-scale output to meet demand, especially raw materials.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.