Salah Papar Amalan Perubatan Dalam Drama Melayu Tempatan (Misportrayal of Medical Practice in Local Malay Drama)

Siti Aishah Hj Mohammad Razi, Fauziah Ahmad, Adli Azam Hj Mohammad Razi, Emma Mohammad

Abstract


Menonton drama televisyen sebagai bahan hiburan, dan sumber pengetahuan tidak dapat disangkal lagi sejak sekian lama. Mudah untuk diakses samada melalui televisyen itu sendiri, atau secara atas talian, setiap drama Melayu tempatan mempunyai para pengikut dan peminatnya tersendiri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang sama atau berbeza. Walaubagaimanapun, kewujudan elemen dan babak perubatan di dalam drama Melayu sedikit terganggu apabila terdapat kesilapan – kesilapan di dalam pemaparannya di televisyen yang nyata boleh mengelirukan para penonton, serta mampu mencemarkan imej industri drama tempatan, juga imej institusi perubatan negara kita. Oleh itu, bagi mengelakkan kesilapan ini daripada terus berulang, beberapa saranan yang diperoleh melalui metode temu bual secara mendalam bersama enam orang penerbit drama tempatan telah dikenal pasti. Dipandu oleh penggunaan faktor struktur pengetahuan daripada model Teori Literasi Media yang dibangunkan oleh Potter (2004), terdapat lima elemen saranan yang telah dikenal pasti  iaitu kesan media, kandungan media, industri media, dunia sebenar, dan yang terakhir diri sendiri. Justeru, hasil kajian ini harap dapat digunakan oleh semua pihak yang terlibat dengan industri drama tempatan dalam mengatasi kesilapan salah papar elemen perubatan di dalam drama Melayu tempatan.

Kata Kunci: elemen perubatan, drama, televisyen,  industri drama tempatan, saranan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.