IMPLIKASI STRUKTUR KUNCI AIR KE ATAS AKTIVITI PELANCONGAN DAN PENDUDUK DI SEKITAR SUNGAI CHINI DAN TASIK CHINI, PAHANG

Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman

Abstract


Struktur kunci air lazimnya dibina secara fizikal bagi mengawal aras air sungai atau
tadahan air semasa. Pembinaan kunci air seharusnya mengambil kira kepentingan
ekosistem terutamanya jika pembinaanya melibatkan perubahan aras air. Disebabkan aras
air yang tidak ideal di Tasik Chini, kunci air dibina bagi meningkatkan aras air bertujuan
memudahkan navigasi bot pelancong. Namun begitu, pembinaannya memberikan
implikasi yang besar kepada aktiviti pelancongan. Makalah ini membincangkan implikasi
kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Tasik Chini. Berdasarkan
data primer dan sekunder, kajian ini mendapati Tasik Chini, secara semula jadi
mempunyai tarikan sebagai destinasi ekopelancongan yang berdaya maju. Makalah ini
merumuskan bahawa pembinaan kunci air pada tahun 1995 memberi implikasi negatif
kepada dasar perlindungan alam sekitar dan prinsip ekopelancongan. Pembinaan kunci
air Kuala Chini merupakan satu contoh bagaimana sesuatu pembangunan perlu difikirkan
dengan teliti, dengan mengambilkira pandangan masyarakat tempatan dan kesannya ke
atas mereka dan alam sekitar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia