PENGOLAHAN SEMULA TEKS LAMA: PERBANDINGAN STRATEGI PENULIS WANITA MELAYU DAN WANITA BARAT

Ruzy Suliza Hashim

Abstract


Sastera bandingan membuka ruang untuk pelbagai perbandingan dibuat, misalnya kajian
pengaruh, tema, disiplin, dan terjemahan. Aspek-aspek ini dapat memberi gambaran
bagaimana sesebuah sastera nasional itu menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan
sesebuah sastera nasional yang lain. Makalah ini mengambil gagasan Susan Bassnett
(1993) dan melihat bagaimana isu gender digarap dalam teks kesusasteraan Inggeris.
Perbandingan di antara penulis wanita Melayu, Zaihasra dan Siti Zainon Ismail dan
penulis Barat, Angela Carter dan Anne Sexton, dan strategi keempat-empat penulis ini
dalam pengolahan semula teks-teks lama dapat menunjukkan praktis silang budaya yang
bertembung dari segi penghasilan kreatif tetapi bersimpang dari segi norma nilai budaya
dan agama.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.